Sunday, December 26, 2010

Apabila Ibu Tercinta Berkongsi..

PERJALANAN HIDUPKU DAN IKTIBAR

Aku dilahirkan di kampung Pandan (masa tu banyak daun Pandan) masa kecil hdpku sngt sederhana,di rmh setinggan dimana masyarakatnya agak miskin tp kaya budi bahasa.Aku brsama abg long dan kakakku yg ku panggil kak ngah seronok menjalani kehidupan yg begitu naif, mndpt sepenuh kasih sayang daripada mak dan abah, aku tinggal berhampiran dengan lombong (masa tu lombong bijih x dikambus lagi) mandi kat lombong, biasa makan ikan yang dipancing kat lombong, ikan Talapia arwah mak masak goreng bercili 'best' sangat masa tu abah ajar semua ank2nya berenang (sprt apa yg rasulullah s.a.w. pesan) memang seronok sangat dunia kanak2.  Kami berenang, menyelam, naik rakit abg long buat. Masa tu kami tak tahu takut. Bila ada seorang budak jatuh lombong dan meninggal dunia, hampir sebulan x main kat lombong!!! lucu sngt, kami kenal hampir seluruh jiran2 serta ank2 mereka menjadi kawan2 sepermainan. Masuk rumah jiran tu macam naik rumah sendiri. Ingat lagi makcik Timah, m.cik Som (mrk skrng dah arwah,moga ruh mrk dicucuri rahmat) makcik Biah (kawan baik arwah mak) dan ramai lagi.

Kalau kami nak main anak patung, pondok2, kutip tanah liat lombong buat 'kuih' kutip anak patung yang dah tak ada sebelah mata, masih ingat lagi aku kutip tudung tin milo, dan apa yang boleh dijadikan mainan di rumah kami x ada televisyen, kalau nak tengok cerita (robot) macam cerita ultraman sekarang kene pergi rumah jiran. Aku, bang long, kak ngah abah benarkan bermain sampai petang sebelum maghrib dah masuk rumah, kami sangat takut dengan abah yang agak garang, tapi penyayang, kalau abah panggil sekali''Ari...Aros..Atun !!'' mencicit kami lari balik. x pernah kami kalau abah panggil sekali x datang (rotan banyak kat rumah), berbeza dengan mak panggil, lambat-lambat sikit.

Hari2 pergi ke skolah b'jln kaki hmpir 2km antara aktiviti harian kami, mengaji Alqur'an di rumah guru  yang kami panggil 'atuk' lebai Nordin (skrg arwah moga rohnye dicucuri rahmat dengan ilmu nya) dengan atuk Nordin aku bang long ,kak ngah mengenal huruf2 alqur'aan, rotan kat tempat mengaji plbagai jenis dari tebal sampai ke nipis ada llima, enam batang ada yang hampir hancur kene kat belakang anak murid, kalau tak baca dengan bertajwid. Atuk memang strict  tak boleh langgar hukum tajwid panjang pendek,dengung. Atuk membimbing kami membaca alQur'an sehingga aku dan kak ngah sering masuk musabaqah alqura'an dan selalu mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga (Allahummaghfirli bukan nak bangga diri) aku sangat bersyukur dan bangga dengan abah dan mak yang mendidik kami walaupun mereka tak dapat tarbiah seperti mane aku dapat, menghantar kami ke sekolah agama hingga kami dewasa dengan pendidikkan agama yang sempurna.

Moga anak2ku menjadi yang lebih baik dariku, mengenal dakwah sejak dari kecil lagi hingga sekarang, mereka sering ku bawa di dalam usrah dan program2..alhamdulillah sampai hari ni anakku2 Ubadah, Rifaah penyejuk mata umi dan abi (skrng kat Yaman) kakak mawaddah (baru lps SPM,doakn b 'jaya dgn cemrlang), Maimanah, Munibah, dan akhir sekali Ahmad Junadah. Cara mendidik anak2 sekarang lebih mencabar berbanding zaman aku kecil dahulu yang tidak ada tv, internet, handphone dan bermcam2 lagi alat2 telekomunikasi, kita tidak boleh menghalang anak2 kita untuk mengikut arus dunia siber yang semakin mencabar ini, tetapi perlulah ada benteng yang kukuh sebagai perisai untuk membataskan setiap perkara yang baik dan yang buruk (kita tidak mahu anak2 kita baik di depan kita atau orang lain tetapi bila  mereka SENDIRIAN melakukan perkara2 yang bertentangan dengan syari'at contoh lihat sesuatu yang tidak baik PORNO(lucah), LAMAN2 YANG TAK MENDATANGKAN FAEDAH kadang2 menyelewengkan Aqidah dilarang oleh agama) sekiranya tiada pengawasan daripada ibu dan ayah nescaya rosaklah anak itu.

Oleh itu, cara berkesan untuk mengawal mereka ialah tanamkan aqidah kecintaan mereka terhadp Allah, Rasul dan nabi2, cintakan alqur'an menghafal, tadabbur, mengamalkannya, menjaga dan mengetahui siapa kawan2 mereka supaya mereka tidak terpengaruh dengan kawan2 yang rosak akhlak, rasa yang mendalam cintakan agama, menjaga akhlak, adab juga sopan santun yang telah semakin pupus dalam masyarakat kita, alangkah sedihnya!!!!! sangat besar tanggungjawab kita untuk kembali memulihkan keadaan yang diselaputi rukkammuljahiliyyah kata2 assyahid sayyid Qutb ''timbunan jahilliyyah bercampur baur kelirunya, masyarakat Islam, tentang aqidah'' keyakinan bahawa 'Islam is the way of life' dari segi kepercayaan, akhlak ibadat, muamalat, politik, dan sejarah yang terkandung dalam alqur'an dan sunnah rasul-Nya untuk menyelesaikan masalah umat Islam kembali kepada aset fitrah yang mampu mengubah manusia, melalui usaha dan tenaga bagi mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya serta mencontohi generasi pertama Islam yang dilalui oleh manhaj ilahi.

Manusia hari ini  berkemampuan mengarah fitrah kepada haluan yang betul untuk mengulangi sejarah kegemilangan Islam yang dulu bakal menyelamatkan diri kita, keluarga, masyarakat, negara, dunia dan Islam seluruhnya....sebelum itu, marilah kita renungi hidup kita ini (lebih2 lagi penulis yang hina dan kerdil ini), ada tiga persoalan yang mempengaruhi pemikiran setiap manusia dalam hidup ini, atau timbul persoalan itu ketika mengiringi jenazah ke kuburan atau dikala manusia melihat kubur..

siapakah yang mencipta manusia ini?

apakah hakikat kehidupan manusia?

dan bagaimana pengakhiran nasib manusia sesudah mati?....

Carilah jawapan anda sendiri.. selagi kita bernafas rebutlah peluang....

RABBANA ATINAFIDDUNIA HASANAH WAFILAKHIRATI HASANAH WAQINA 'AZABANNAR....AMIN..

*entri ini dikongsikan di facebook oleh ummi tercinta..

Wednesday, December 8, 2010

Itulah Hikmah



Seorang pelajar madrasah tergesa-gesa ingin pulang ke kampungnya. "Di kampung saya muncul seorang guru yang sesat yang telah mempengaruhi saudara dan teman-teman saya. Saya perlu pulang segera untuk mencegah kemungkaran!" "Sabar dulu. Aku ingin mengajarmu sedikit lagi tentang hikmah", kata gurunya.
"Tak sempat, saya perlu cepat!" Si pelajar segera bergegas pulang ke kampungnya.

Di sana dilihatnya guru yang sesat itu sedang mengajar.

"Aku ahli syurga. Aku telah nampak syurga dengan mata kepalaku. Sesiapa yang mengikut ajaranku akan masuk ke syurga. Kamu harus berbakti kepadaku dengan menyerahkan segala harta dan tenagamu". Begitulah kata-kata guru yang sesat itu.

Apalagi, dia pun berteriak dengan lantang, "Kamu sesat! Tidak ada siapapun yang selamat jika mengikut ajaranmu!"
"Berani kau membantah kata-kata ahli syurga! Wahai pengikut-pengikutku, ajar pemuda yang kurang ajar ini!" perintah guru itu kepada pengikutnya.

Para pengikut guru yang sesat itu segera bertindak. Mereka menumbuk, menampar dan menendang si pemuda yang berani mengecam guru mereka.

Dengan tubuh dan muka yang berlumuran darah dan tangan yang patah, pelajar itu kembali ke madrasah pengajiannya.
"Aku dipukul oleh pengikut setia ajaran sesat", adu pelajar itu kepada gurunya.

"Dalam usaha mencegah kemungkaran, kita bukan sahaja perlukan keberanian tetapi ilmu serta kebijaksanaan. Mari kita berangkat ke sana!"

Sesampai sahaja di sana mereka terus ke tempat guru itu mengajar.

"Saya ahli syurga. Saya boleh beri jaminan bahawa sesiapa yang sayang dan berbakti kepada saya akan masuk syurga. Sebelum kamu bertaubat kepada Allah, kamu wajib bertaubat kepada saya", kata guru sesat itu menjalankan diayahnya.

"Ya, tuan memang ahli syurga", tiba-tiba suara guru pelajar itu kedengaran dari belakang.

Para pengikut guru yang sesat itu berpaling. Mereka lihat seorang lelaki yang belum mereka kenali mengucapkan perkataan itu.

Si guru itu tersenyum sambil berkata, "Saya datang dari jauh untuk bertemu dengan ahi syurga. Guru di tempat saya berpesan, apabila datang bertemu dengan tuan, tidak cukup kita menyerahkan harta dan memberikan tenaga kepada tuan, tetapi mesti mengambil cenderahati sebagai bukti kecintaan daripada tuan!"

"Bukti kecintaan kepada saya? Silakan", kata guru sesat itu dengan senang hati.

"Guru saya berpesan, jika hendak masuk syurga bersama tuan, hendaklah ada pada kami sehelai bulu daripada mana-mana bahagian tubuh tuan sebagai berkat."

Sebaik sahaja berkata demikian, dia terus meluru ke hadapan dan menarik janggut guru sesat itu sambil berkata, "Ayuh saudara-saudara! Mari kita cabut sebarang bulu pada kulit tuan guru kita sebagai bekalan menuju syurga!"
Mendengar seruan itu, semua pengikut yang taksub itu meluru dan menerpa guru mereka. Ada yang mencabut rambut, mencabut bulu rambut, bulu dada, bulu ketiak dan bermacam-macam lagi.
"Aduh, aduh! Sakit! Sakit!" jerit guru sesat itu. Tetapi orang ramai tidak peduli. Mereka ingin masuk syurga. Dagu dan kepala guru sesat itu luka-luka. Darah mengalir. Badan dihenyak, bahkan kainnya hampir dilondehkan.
"Jangan-jangan! Aku bukan ahli syurga! Jangan cabut bulu-buluku! Aku sakit, Aku sakit!" jeritnya.
"Dengar itu saudara-saudara! Semua ini tipuan belaka. Dia manusia biasa macam kita juga. Syurga hanya diraih dengan ketaatan yang ikhlas kepada Allah. Jangan bertuhankan manusia," kata si guru kepada pengikut-pengikut guru sesat itu.

Sambil merenung pelajarnya dia bertanya, "Sekarang kau mengerti?"
"Ya, sekarang saya mengerti apa itu hikmah!"


Pengajaran : Dalam berdakwah kebenaran perlu disepadukan dengan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, kebenaran akan ditolak. Dan yang paling penting, jangan gopoh dan gelojoh dalam berdakwah.

*Cerita ringkas lagi padat ini dipetik daripada majalah Solusi

Tuesday, November 30, 2010

Bapak, Anak dan Paku






Ada seorang anak yang tinggal bersama dengan bapaknya. Si anak adalah seorang yang panas baran dan sering marah², tidak kira siapa orangnya. Semua menjadi mangsa.

Suatu ketika si bapak memikirkan penyelesaian untuk sikap anaknya itu. Dia memanggil anaknya untuk bersua,

"Nak, bapak ada cadangan untuk kau jika kau didatangi kemarahan"

"Apa yang bapak ingin cadangkan untuk saya?", anak itu tertanya².

"Baiklah, setiap kali kau marah, ambil sebatang paku dan pakukan ia di dinding"

Kemudiannya, anak bersetuju dengan cadangan bapaknya itu. Apabila marah, diambilnya sebatang paku dan menukulnya ke dinding. Setiap kali kemarahannya bertandang, dia berbuat begitu. Tidak ada kemarahan yang meledak melainkan dinding dipaku selepasnya. Sehingga sampai satu masa, dinding yang ditetapkan oleh ayahnya itu dipenuhi dengan paku. Anak itu pun bertemu dengan ayahnya,

"Bapak, dinding yang bapak suruh saya paku tu dah penuh dengan paku. Dah tak ada ruang untuk dipaku lagi"

"Sudah penuh dan tidak ada ruang langsung?", bapak inginkan kepastian.

"Benar, sudah tidak ada ruang lagi", anak menyambung.

"Jikalau begitu, sekarang bapak mahu kau tahan kemarahan kau apabila ia datang. Setiap kali kau berjaya menahannya daripada terzahir pada riak wajah dan perbuatan kau, cabutlah kembali satu paku yang pernah kau pakukan pada dinding yang bapak sebutkan. Ingat! Hanya apabila kau mampu menahannya. Jika tidak mampu, biarkan saja. Boleh kau lakukan?" nada bapak seakan mencabar.

"Saya akan cuba sedayanya yang termampu", anak menyahut.

Jika sebelumnya anak menukul paku kerana marah, kini dia mula mencabutnya apabila berjaya menahan marah. Penuh mujahadah dia menahan marahnya dan mencabut paku² di dinding. Semakin hari semakin berkurang paku² itu, seiring dengan sifat marah yang semakin mengikis. Sehingga habis semuanya dicabut. Anak itu kembali bertemu bapaknya dengan gembira.

"Terima kasih bapak.. saya rasa sangat lega sebab berjaya mengawal kemarahan saya.. dan tak mudah lagi untuk marah² selepas ikut cadangan bapak..", sambil tersenyum lebar.

"Baguslah kalau begitu nak. Sekarang mari ikut bapak ke tempat yang telah kau cabut pakunya itu"

Si anak menurut ayahnya hingga ke tempat tersebut. Bapak mula bersuara,

"Nak, lihatlah dinding yang dipenuhi lubangan paku yang telah kau cabut. marah itu ibaratnya paku yang melubangi dinding seperti hati. Walaupun kau berdaya menahan kemarahan kau daripada meledak lagi ke atas orang lain, parutnya tetap ada terbekas.. seperti dinding yang telah dilubangi itu"





. . . . . .


Kisah ringkas ini menyifatkan kesan marah ke atas orang lain. Umpama dinding yang dilubangi paku.

Jika dilihat dari sudut lain, kemarahan bukanlah semata2 perbuatan yang meninggalkan parut dalam hati saudara kita. Boleh jadi tutur kata kita yang tidak dijaga, perbuatan kita yang menimbulkan kemarahan saudara dan kekurangan peribadi yang tidak disenangi [mazmumah]. Semua itu kesannya sama seperti paku. Boleh menyebabkan hati yang lain terluka, berparut dan mencalari permukaan mutiara ukhuwwah yang memancarkan keindahan ukhuwwah islamiyyah.

Kerana hati manusia itu sangat halus, sensitif. Kemungkinan gurau senda yang disangka madu menambah kemanisan ukhuwwah, tapi hakikatnya pada saudara kita.. seperti jadam pahitnya.

Semampunya, perbuatan dijaga sebaiknya dengan penuh perhatian daripada menyakiti saudara secara tidak sengaja apatah lagi secara sengaja, dalam komunikasi dan interaksi sesama. Kerana mungkin parut yang yang terhasil sukar untuk hilang walaupun dimaafkan.

Dan jika kita disakiti, berusahalah untuk memaafi. Kerana rasulullah saw memilih untuk memaafi puak Tho-if yang menyakiti dan menghina baginda saw, walaupun ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap puak tersebut dengan bukit. Dan kerana Allah swt itu Maha Pengampun lagi Maha Memaafi, yang mengampuni dosa² hamba-Nya walaupun sebanyak pepasir di pantai..

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan
mendapatkan syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi
orang-orang yang bertakwa,
(yaitu) orang yang berinfaq, baik di waktu lapang
mahupun sempit, dan
orang-orang yang
menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)
orang lain
.Dan
Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebaikan,
"
- maksud firman Allah swt

[ Ali 'Imran 3 : 133 - 134 ]


wallahu a'lam..

Thursday, October 28, 2010

Tentang Niat



Akhirat nanti,

Orang yang membaca alQuran, dicampak dalam neraka untuk diazab oleh Allah swt. Kerana dia membaca alQuran semata2 untuk digelar sebagai qurra' [ qari alQuran ].

Orang yang bersedekah di jalan Allah, dilempar dalam neraka yang penuh seksa.
Kerana dia mengharapkan agar diseru sebagai seorang yang mulia antara manusia.

Orang yang mati berjihad di jalan Allah swt, juga dikerah ke dalam neraka yang pedih.
Kerana dia ingin dipanggil pahlawan. Jauh sekali semata2 kerana-Nya.

..........

Golongan tersebut, nama mereka harum sesama manusia, sebaliknya hina dina disisi Allah swt. Dihumban pula dalam neraka jahanam dalam kalangan yang mendahului antara golongan2 neraka yang lain.

Semuanya kerana niat. Niat yang terpesong dari jalan ikhlas kerana Allah swt dalam melaksanakan kebaikan. Apa yang diingini tertunai, mendapat gelaran yang mulia daripada manusia atas apa yang dikerjakan. Tapi segalanya tersia gara2 tidak ikhlas kerana-Nya.

Ternyata ikhlas sangat penting untuk seiring dengan niat setiap kali melakukan amalan. Namun untuk ikhlas tidak semudah yang disangka. Perlu mujahadah untuk mengekalkannya di dalam hati. Kerana hati manusia diciptakan keadaannya berbolak-balik. Rasulullah saw ada mengajarkan satu doa :

" يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ.. ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ وَعَلَى طَاعَتِك "

"wahai Pembolak-balik hati2, teguhkan hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu"


Hati yang teguh mudah untuk terus konsisten dalam ikhlas kerana Allah swt.

ikhlas = semata2 kerana Allah swt & mengharapkan reda-Nya


Dalam melakukan amalan harian seperti solat, belajar dan bekerja, kadang2 ikhlasnya makin tawar walaupun
tidak hilang. Kebaikan yang dilakukan mungkin terasa kurang manisnya. Tajdid [ pembaharuan ] dalam niat adalah penyelesaian terbaik untuk memastikan amalan sentiasa segar dalam keikhlasan.

Apa jua perkara yang dilakukan, pokoknya niat itu sentiasa diperbaharui untuk terus ikhlas pada-Nya..

Semakin tajdid diacapi dalam niat untuk ikhlas kerana Allah atas setiap perkara yang dilakukan, makin terasa nikmat halawatul iman [ kemanisan iman ].

sentiasa tajdid niat + ikhlas + amal = kemanisan iman kepada Allah swt ! [ insya-Allah ]


: : bisnes niat : :

Suatu hari, di sebuah bazar Ramadhan terdapat 2 orang peniaga minuman gerainya bersebelahan. Muslim, adalah seorang peniaga menjual air soya sahaja. Manakala peniaga di sebelahnya, Mukmin, menjual air tebu, yogurt, ice-blended, jus buah-buahan, lassi dan milkshake. Apabila bazar berakhir pada malam hari, masing2 mengira keuntungan.

Selesai mengira, nyata pulangan yg diperolehi Muslim dalam perniagaan soyanya lebih sedikit daripada pulangan Mukmin yang berlipat kali ganda nilainya, hasil kepelbagaian jualan air..

Begitulah juga yang dimaksudkan dengan bisnes niat..

Golongan salaf ada mengatakan :

"Dalamilah niat kamu seperti mana kamu semua mendalami ilmu pengetahuan"


Para sahabat r.a adalah peniaga niat. Mereka berbisnes dengan niat.

Sahabat r.a apabila melakukan sesuatu amalan, dipelbagaikan niatnya. Tidak tertumpu pada satu-satu niat sahaja.

Sebagai contoh, apabila seseorang muslim ingin bersantap. Dipelbagaikan niatnya.. demi mendapatkan tenaga untuk ibadah, menjaga kesihatan badan yang merupakan amanah daripada Allah, mengamalkan sunnah Rasulullah saw, mensyukuri nikmat makanan kurniaan Allah, merapatkan ukhuwwah saudara semuslim jika makan bersama,.. dan bermacam niat lagi yang boleh diselitkan..

Muslim yang hebat beramal dengan bijak. Walaupun perkara yang dilakukan nampak ringkas, dia mampu menjadikannya terbaik disisi Allah swt dengan niat yang betul beserta ikhlas.

Jadi,

muslim yg biasa > 1 niat + 1 amal + ikhlas = pahala [ wAllahu a'lam ]


muslim yg luarbiasa > pelbagai niat + ikhlas dalam setiap satu niat + 1 amal = pahala berganda ! [wAllahu a'lam ]


"Muslim yang baik sentiasa bertambah baiknya seiring hari yang dilalui"

WAllahu a'lam..

Monday, October 18, 2010

Kelembaban Berganda..

bismillahirrahmaanirrahim..




Ramai orang kata, apa2 sahaja yang berkaitan dengan dungu, lembab atau tolol, kaitannya rapat dengan sejenis haiwan. Rupanya mirip dengan kuda, mungkin sebesar kuda padi atau lebih kecil. Keldai namanya.

Hatta di dalam al-quran, Allah mendatangkan analogi yang dikaitkan dengan keldai, bahawa tidak sekali2 ada suara yang lebih buruk melainkan suara keldai. begitulah perumpamaan yang dibawa oleh Allah swt.




keldai..



Begitu juga dengan masyarakat arab. Hamburkan apa2 sahaja kata2 kesat ke atas mereka [ sebagai contoh ], mungkin mereka sanggup untuk bersabar. Tapi awas, jangan sampai terpacul perkataan "himar" ertinya keldai. Jika mereka disamakan dengan keldai, kemarahan mereka akan memuncak meledak kesabaran, marah semarah-marahnya. Boleh dikatakan juga, ia membawa kepada akibat yang lebih parah kepada sesiapa yang menyebutnya, dan mungkin ditembak dengan Kalasynikov [ AK-47 ] jika di Yaman. Bagi mereka, tiada apa yang lebih menghinakan daripada disebut "himar".




kalashnikov @ AK-47



Namun, disebalik pandangan yang hina ke atasnya, disebalik kedudukannya yang rendah disisi manusia, ada satu fakta yang menarik tentang keldai. Bawalah ia ke mana sahaja tempat di bumi ini, ceruk atau pelusuk yang entah di mana tempatnya, keldai tidak akan sekali2 lupa jalan pulangnya. Tempat ia bekerja dengan tuannya.




Manusia pula adalah sebaik2 makhluk yang diciptakan Allah swt. Punya akal dan jiwa. Tahu membezakan mana baik dan mana buruk. Dikurniakan dengan pelbagai macam perasaan. Hinggakan malaikat juga pernah bersujud kepada nenek moyang manusia, Adam as atas perintah daripada Allah swt. begitu tingginya darjat manusia diangkat oleh Allah-Nya..




manusia yang selalu alpa..



PERSOALANNYA.. keldai mampu untuk pulang walau sejauh mana pun ia ditinggalkan, tapi bagaimana pula dengan manusia?.. Yang tempat asalnya adalah syurga.. kampung halaman yang sebenar-benarnya sebelum berada di dunia yang sementara.. penuh dengan nikmat dan kelazatan yang tak terbayang dek akal yang terbatas..




Apakah manusia lupa asal-usul tempat tinggal mereka iaitu syurga nan indah?.. Allah swt mengutuskan para anbiya' dan rasul-Nya sebagai petunjuk untuk menuju jalan pulang.. pulang ke negeri asal..



tidak tahu jalan pulang?



Adapun terdapat manusia yang terlupa jalan pulang ataupun sengaja melupakannya.. jika dibandingkan dengan keldai, keldai jauh lebih baik.. kerana keldai tidak pernah lupa jalan untuk pulang..




Kerana itulah manusia apabila lalai daripada mengingati Allah swt.. kedunguannya lebih berganda daripada keldai.. Allah berfirman yang bermaksud :



"Celakalah bagi hati-hati mereka yang keras daripada mengingati Allah swt "

Moga Allah melindungi kita daripada tergolong dalam orang yang lupa jalan pulangnya.. dan menempatkan kita dalam golongan yang sentiasa menambah bekal untuk pulang ke negeri abadi dan berjumpa dengan pemiliknya yang agung, Allah swt.. insya-Allah..


siapa lebih mulia?

Thursday, September 30, 2010

Setahun Bernafas

Bismillahirrahmaanirrahim..

Tepatnya tarikh 29.9.2009, pukul 12 tengah hari, genap setahun keberadaan di Sana'a. Seakan satu kerlipan mata sahaja derasnya masa yang berlalu.

Kenangan yang berlalu mula mengimbau..

ketika mula menjejakkan kaki di bumi Yaman,

belajar bertutur dengan orang arab,

buat urusan visa berpandukan tunjuk ajar daripada abang senior,

ziarah² di sekitar ibu kota,

dapat berita Amerika ingin menyerang Yaman,

mula belajar di universiti al-Iman,

cuti akhir tahun universiti.. semuanya penuh dengan suka-duka..

harapnya, sepanjang keberadaan di sini termaktub sebagai ganjaran disisi-Nya.. insya-Allah..


Pada hari ulang tahun ni juga, kami mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kecil-kecilan sempena ulang tahun yang pertama di Yaman. Ikan lautan dalam menjadi menu utama santapan. [ ikan jaket & ikan yang menyerupai ikan siakap ]




bersama² memanggang ikan..


ikan yang siap dibalut menanti diletakkan di atas bara..

ikan jaket bakar & ikan mirip ikan siakap masak 3 rasa siap terhidang..

makan dalam dulang bersama = resepi ukhuwwah yg sangat berkesan..
wAllahu a'lam..

Monday, August 30, 2010

iktikaf : Suasana baru..



Awal Ramadan.. pertengahan Ramadan.. sekarang ni dah masuk pengakhiran. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas didatangi Ramadan. Tapi hakikatnya dah masuk 10 yang terakhir.

Bagi kami di sini, bakal merasai sesuatu yang baru. Kata² abang senior di universiti, setiap akhir Ramadan, beramai² akan mendaftarkan diri di masjid² yang berdekatan untuk beriktikaf di sana. 10 hari 10 malam akan tinggal di masjid sehingga hari terakhir puasa. Ada sedikit yuran untuk makan minum di sana nanti, yang berjumlah 500 riyal yaman [ lebih kurang 7 ringgit malaysia ] sepanjang tempoh iktikaf.


Jika di Malaysia sudah menjadi kebiasaan untuk tidur dahulu di rumah, kemudian bangun awal untuk berqiamullail di masjid sewaktu pertengahan malam sebelum bersahur. Itu kebiasaan iktikaf di Malaysia.

Menurut mafhum daripada hadis baginda saw tentang iktikaf, rasulullah akan beriktikaf atau tinggal di masjid 10 hari terakhir Ramadan setiap tahun, kecuali pada tahun baginda wafat, beliau beriktikaf 20 hari yang terakhir dalam Ramadan.

Selaku muslim yang cintakan Allah swt rasulullah saw, jangan hanya beriktikaf pada malam 27 atau malam² yang ganjil sahaja. All outkan segenap diri kita pada kesemua malam untuk mendapatkan Lailatul qadr, dan jangan lupa untuk baca doa yang disarankan oleh baginda saw kepada Aisyah ra pada 10 malam terakhir Ramadan,



Jangan dipersia baki waktu yang ada, kejarlah sedayanya yang tidak ternilai harganya, peluang Ramadan terakhir bagi kita..


Moga Allah mnegurniakan kita Lailatul Qadr-Nya.. insya-Allah..

Sunday, July 25, 2010

Jalan².. Dapat Pengajaran.

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin berkongsi melalui entri ini sedikit pengalaman yang agak 'best'. Suatu petang kebetulan ada sela masa kosong, ingin menemani Hazim dan Usaid ke Hael bersama Rifa'ah, satu tempat di Sana'a yang terkenal dengan baju dan aksesori untuk wanita. Kata mereka ingin mencari ole² untuk ahli keluarga perempuan di Malaysia.

baru tiba di Hael

Kami mula bertolak ke Hael selepas asar sekitar pukul 3.30 petang. jejak sahaja kaki di Hael, mula pusing² di butik² sekitarnya untuk mendapatkan 'abayah [ jubah perempuan berwarna hitam bersama hiasan ringkas ] untuk Hazim dan Usaid. kami mencari 'abayah yang sesuai dengan berbekalkan pengalaman di Malaysia [ cari baju raya dengan umi dan adik2 ].


Dari butik ke butik, dari kedai ke kedai. Akhirnya kami sampai di sebuah butik 'Abayat. W60i milik pun hazim dicapai untuk m'snap beberapa gambar kenangan di Hael. Selesai sahaja menangkap satu gambar, tiba² seorang pak long [gelaran bagi pak cik arab yaman] dengan lantangnya bersuara sambil mulutnya dipenuhi daun Qat,

" weh! ko buat apa tu !"

Dengan muka tenang ana buat2 tak layan, mungkin pak long ni panggil kat orang lain kot.

" Wei ! ko yang ambik gambar tadi, apahal ko ambik gambar !? "

pak long marah, pertama dari kanan

Peluh dingin mula merembes, tak ada siapa lagi yang snap gambar dalam butik tu kecuali ana.

" kenapa? saya ambil gambar kawan² saya, bukan ambil gambar pak cik pun "

Penjelasan di buat untuk membetulkan silap faham yang berlaku.

" bak sini kamera tuh! aku nak tengok gambar apa yang ko ambik tadi "

" dalam ni gambar kawan2 saya je. tak ada pun saya nak ambil gambar berkaitan dengan pak cik "

Tapi pak long tu masih lagi dengan pendiriannya, nak tengok apa yang ana snap tadi.

"maaf pak cik, saya minta maaf, sebab saya hanya ambil gambar kawan² saya sahaja"

Ana cuba memberi penerangan di samping kemaafan. Alhamdulillah, penjaga butik menyedari apa yang berlaku dan cepat2 cuba meleraikan antara ana dan pak long yaman. Kemudian kami cepat² beredar keluar dari situ. Bercampur-baur perasaan dibuatnya. Bengang, serabut dan marah kerana diherdik secara tiba², dan cuak.. sebab orang yaman mempunyai tradisi memakai jambiyah, sejenis pisau kerambit yang dipakai sebagai hiasan, biasanya kalau mereka marah² jambiyah selalu dihunuskan.

Rifa'ah kemudiannya meminta ana agar berhati² kalau nak ambil gambar, terutama kalau ada orang perempuan.

jalan², tengok²..

. . .

Sebenarnya ada satu perkara yang membuatkan pak long itu marah. Iaitu cemburu. Dia menyangka ana mengambil gambar isterinya yang memakai niqab [purdah] sedangkan yang benar adalah di sebaliknya. Daripada itu ana dapat pengajaran bahawa :

Adat budaya mereka amat sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan perempuan, terutama isteri. walaupun isteri mereka memakai niqab.
Kalau ingin mengambil gambar perlu berhati2.

Sudah terhantuk baru nak tengadah.. disebabkan kurang berhati², boleh membawa kepada kemungkinan yang kurang baik.

Salah faham adalah sesuatu yang biasa berlaku, terpulang bagaimana menyelesaikannya.

Adalah satu kebiasaan jika terdapat masalah di tempat baru. Kerana manusia memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan adat dan budaya.

. . .

di butik 'Abaayaat

bergambar seketika setelah penat membeli

Berjam² kami keliling Hael, akhirnya pulang ke hostel dengan 7 pasang 'abayah. Sangat berpuas hati dengan pilihan yang dibuat, insya-Allah tidak akan mengecewakan orang di Malaysia nanti. Hari itu juga berlalu dengan pengalaman yang tak akan dilupakan. Harap2 ianya dapat menjadi garis panduan dalam bermuamalah dengan masyarakat islam di sini.

Wallahu a'lam..

contoh orang yaman tengah kunyah daun Qat

contoh jambiya

Wednesday, June 30, 2010

Kisah Ikhlas..



Pernah suatu ketika berlaku peperangan untuk memperluas pembukaan islam ke tempat baru. Para mujahidin islam dipimpin seorang panglima, Muhammad ibnu Salamah.

Saat itu juga ketumbukan tentera islam menemui kesulitan untuk menerobosi kubu musuh yang kukuh pertahanannya.

Namun dengan kuasa Allah, keadaan itu tidak lama berlangsung. Salah seorang daripada perajurit islam berjaya menyusup masuk ke dalam benteng pertahanan musuh dan membuka laluan bagi kemasukan tentera islam ke dalamnya. Tentera islam lalu berhasil memperolehi kemenangan setelah dapat menawan kubu musuh dengan izin-Nya.

Muhammad ibnu Salamah sangat bersyukur dengan kemenangan islam dan terbukanya satu lagi tempat yang bernaung di bawah agama Allah. Beliau juga tertanya-tanya siapakah gerangan yang berjaya masuk ke dalam tempat musuh dan menyumbang dalam kemenangan tentera islam.
Pejuang-pejuang islam lalu dikumpulkan kesemuanya. Muhammad ibnu Salamah mengumumkan agar peribadi yang membantu membuka laluan tentera islam ke dalam kubu musuh menampilkan diri. Usaha beliau menemui kebuntuan kerana tiada seorang pun yang keluar daripada barisan tentera islam, walaupun diseru berkali-kali.Perhimpunan tersebut akhirnya berakhir tanpa ada pengakuan daripada seorang pun.

Apabila malam menjelma, sewaktu Muhammad ibnu Salamah sedang berada di dalam khemahnya, seorang mujahid meminta keizinan kepada beliau untuk masuk berjumpa dengannya. Beliau memberi keizinan atas permohonan itu.

Ketika mujahid islam itu masuk, Muhammad ibnu Salamah agak terkejut kerana dia memakai penutup muka dan tidak terzahir wajahnya kecuali dua matanya. Beliau pun bertanya kepada mujahid yang berpenutup muka itu,

"Siapakah kamu? dan mengapakah kamu berpenutup muka?"

"Aku akan menjawab pertanyaanmu dan membuka penutup muka ini jika kamu berjanji untuk mematuhi 3 syaratku"

Muhammad ibnu Salamah kemudiannya bersetuju untuk mematuhinya.

"3 syarat-syaratku itu ialah :
- tidak mengkhabari khalifah tentang diriku
- tidak memberitahu kepada sesiapa pun tentang diriku
-dan tidak memberiku apa-apa ganjaran "
Si penutup muka itu menyambung lagi,
"Aku adalah orang yang bertanggungjawab menyusup masuk ke dalam kubu musuh dan membuka laluan tentera islam untuk masuk ke dalamnya pada peperangan yang lalu"

Muhammad ibnu Salamah tidak menyangka bahawa lelaki berpenutup muka itulah perajurit yang membantu kepada kemenangan tentera islam di bawah pimpinannya. Lelaki itu pun membuka penutup mukanya seketika seperti yang dijanjikan, selesai sahaja ditatap oleh Muhammad ibnu Salamah, dia pun mengorak langkah keluar dari khemah beliau.

* * *




Kisah lelaki berpenutup muka adalah kisah tentang ikhlas. Ikhlas dalam amalan kerana Allah swt, di mana segala apa yang dikerjakan semata-mata mengharapkan reda Allah swt. Kisah sohib an-naqb [ orang yang berpenutup muka ] ini, pemiliknya kekal misteri ke hari ini.

Ceritanya harum mewangi bersama sejarah islam yang gilang-gemilang suatu ketika dahulu dan bakal gemilang kembali tidak lama lagi insya-Allah.

"Katakanlah (Muhammad saw) "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam, tidak ada sekutu bagi-Nya; dan aku adalah yang pertama-tama berserah diri (muslim)"

[Al-An'aam 162-163]

Wallahu a'lam..

Friday, May 28, 2010

Orang² Dalam Solat



Setiap hari kita menunaikan solat. 5 waktu sehari semalam. Daripada pagi sampai malam. Dan tidak dinafikan.. solat ada golongannya, ada asnafnya. Berikut asnaf solat yang dibahagikan oleh salah seorang ulama' tabi'in terkemuka suatu ketika dahulu :

1 ] Mulut melafazkan, hati terlalai :
Asnaf ini mungkin yang terbanyak dalam golongan muslim masa kini. Mulut dan badan dalam keadaan solat, tapi hati dan fikiran melayang ke arah lain.. [ naudzubillahi min dzaalik]

2 ] Mulut melafazkan, diikuti dgn hati :

Golongan ini lebih baik daripada mereka yang solat dalam keadaaan lalai. Di mana dia menyedari sedang mendirikan solat dan cuba untuk menghayati dan memahami bacaan di dalamya. Setiap ayat² yang terlafaz akan dicuba untuk mendalaminya.

3 ] Hati menghayati sebelum dilafazkan pada mulut :
Inilah golongan yang paling beruntung dalam kalangan orang yang menunaikan solat, mereka mampu menghadirkan penghayatan terhadap ayat² al-Quran sebelum bibir melafazkannya. Apabila kalimah² suci dibaca, penghayatannya semakin mendalam terhadap solat, seterusnya memasuki kondisi khusyuk, tanpa ada kecelaruan berfikir tentang dunia.

Begitulah asnaf solat menurut imam al-Ghazali di dalam Ihya' 'Ulumuddin. Moga kita dapat mengkoreksi diri, asnaf jenis apakah kita ketika menunaikan solat. Moga tidak termasuk dalam golongan seperti yang dinyatakan oleh Allah melalui maksud firman-Nya :

"Celakalah bagi orang yang bersolat. Mereka yang lalai di dalam solatnya" [ Al-Ma'un : 5 ]

dan dapat menjadi,

"Beruntunglah orang² yang beriman. Mereka yang khusyuk di dalam solatnya"
[ Al-Mukminun : 1-2 ]

I'Allah...

Wallahu a'lam..



Sunday, May 16, 2010

Muamalah al- quran : apa realiti kita?







Al-Quran adalah sebaik2 petunjuk yang Allah swt telah anugerahkan pada kita umat Muhammad saw. Dengannya kita boleh membina kebahagiaan hidup yang paling sempurna, garis panduan yang paling berharga dan dapat mengecapi nikmat yang paling besar bagi umat manusia seluruhnya.. menyaksikan bahawa hanya Allah tuhan yang layak disembah.

Persoalannya, adakah kita BENAR2 menghargainya?

Seterusnya ada sedikit soalan yang sangat mudah dijawab.

Soalan 1 :


Adakah kita sekadar membacanya sewaktu solat sahaja?,
atau membacanya hanya apabila disuruh ibu bapa?,
atau membacanya sekali-sekala jika teringat?,
atau terdengar alunan bacaan oleh qari melalui corong radio, kaca tv atau speaker masjid sebelum azan fardu berkumandang?

Soalan 2 :


Adalah kita sentiasa membacanya secara berkala atau tidak berkala?,
atau mengambil sedikit dari 24 jam untuk duduk seketika menghafaz beberapa potong ayat?,
atau mencuba untuk memahami isi kandungannya?,
atau sekurang-kurangnya mendengar sahaja bacaan Quran kerana teramat sibuk?




Jika kebanyakan jawapan bagi soalan pertama adalah “iya” atau “a’a” atau “bolehlah..”, dan kebanyakan jawapan bagi soalan kedua adalah “tak kot..” atau “kurang kot” atau “kadang-kadang la..”, ketahuilah fakta paling tepat bagi realiti kita ialah kurang menghargai alQuran..


Terasa agak sukar bagi kita untuk melazimi hidup sehari-hari dengan beberapa potong al-Quran apatah lagi untuk mentadabbur kandungannya. Apa cara yang mudah nak bermuamalah dengan al-Quran?









Berikut ada beberapa contoh yang agak praktikal,

[ 1 ] Pada zaman baginda rasulullah s.a.w, para sahabat r.a tidak akan melepasi 10 ayat daripada al-Quran melainkan mereka benar2 sudah beramal dengannya. Mungkin kita tidak mampu menjadi seperti mereka, tapi sekurang2nya kita boleh meniru apa yang mereka lakukan.

Di sini ada satu teladan bagaimana seorang tokoh terkemuka, Muhammad An-Nadawi yang mencuba untuk beramal sebaiknya dengan al-Quran.

Setiap kali membaca al-quran, dia akan membuat satu catitan yang dibahagikan kepada 2 bahagian, setiap satu di atasnya tertulis :

1-Perintah Allah buatmu..
2-Larangan Allah buatmu..

Dan di bahagian atas antara keduanya tercatat ”Wahai Muhammad inilah yang datang daripada Allah khas untukmu”.

Setiap kali membaca al-Quran, dia akan mencuba untuk memahaminya dan membuat catatan di tempat yang tersedia. Catitan itu kemudiannya akan sentiasa dibelek dan diulangkaji jika ada senggang masa. Kemudian dipraktikkan sedayanya apa yang difahami.

[ 2 ] Jadual harian yang padat dengan urusan dan kerja membuatkan masa kita untuk al-Quran sangat tipis. Cara terbaik untuk masalah ini ialah MENCURI masa aktiviti lain untuk bersama al-Quran. Contohnya, memainkan bacaan al-Quran sewaktu memandu ke tempat kerja, atau membaca sedikit ayat al-Quran sewaktu rehat seketika daripada tugasan, atau membacanya setiap kali sebelum tidur. Orang yang bijak menguruskan masanya bisa mendapat hasil 48 jam daripada 24 jam yang dilalui.

[ 3 ] Al-Quran lebih bermakna jika dapat menghayatinya dengan perasaan. Jadi setiap kali membaca atau mendengarnya, pusatkan perhatian padanya.

"Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka DENGARKANLAH dan DIAMLAH, agar kamu mendapat rahmat"
[al-A'raaf : 204]

Petanda bagi orang yang dapat menghayati al-Quran ialah,

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah GEMENTAR HATINYA, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, BERTAMBAH (KUAT) IMANNYA dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal" [al-Anfaal : 2]

*

Al-Quran perlu disayangi, dicintai.. ianya tutur bicara Allah swt untuk hamba2-Nya yang tersayang. Perasaan ini dapat dipupuk jika sentiasa bersama dengan al-Quran, hikmah mengatakan,

"دورو مع القران حيث ما دار"

"Bersamalah kamu dengan al-Quran di mana sahaja keberadaanmu"

Insya-Allah jika kita mampu untuk memupuk rasa cinta dan suka kepada al-Quran, tidak sukar untuk mendampinginya setiap masa.

Aisyah r.a ada menyatakan mengenai sifat baginda s.a.w,

"Rasulullah ialah mushaf [Quran] yang berjalan di atas muka bumi"

Kata2 beliau bermaksud, rasulullah saw adalah qudwah terbaik insan yang mempraktikkan dan beramal dengan al-Quran secara keseluruhannya dalam hidup.

Keadaan kita dengan al-Quran di akhirat kelak ada 2,


"القران حجة لك أو عليك"

"Al-Quran hujah kepada kita atau hujah ke atas kita"

Moga dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah swt, kita tergolong dalam golongan yang dinaungi al-Quran dan dijauhkan daripada tergolong dalam kalangan mereka yang tidak dinaungi olehnya, insya-Allah.

wallahu a'lam..


Friday, April 30, 2010

Pengharapan Ini..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..



Selesai sudah semester 1 bagi tahun 1431 hijrah
Kini, semester 2 menjelma bersama subjek² yang baru
Kudrat dikerah sehari² bersama harapan
Agar terus kuat memikul beban di pundak..
"liyatafaqqahu fiddiin"*


Dan menyusuri perjuangan orang² lama yang telah pulang ke tempat tumpah darah
Setelah bertahun² berpenat jerih menuntut ilmu
Jalan menuju Rabbul 'Aalamin
Demi melaksana tugas mulia warisan anbiya'..
"liyundziru qaumahum"*


Doa dipanjat moga terus istiqamah
Dalam bermujahadah mengatasi letih jemu
Agar terealisasi apa yang diimpikan
Mencurah bakti buat ummah ahibba'
Sehingga takdir-Nya datang menuntut perjanjian..


"Ya Allah tetapkan hati² kami di jalan-Mu, Dan jadikanlah kami penyebab hidayah-Mu,
Ameen ya Robb.."





"liyatafaqqahu fiddiin" - memahami agama (islam)

"liyundziru qaumahum - menyampaikan pengajaran kepada masyarakat













Sunday, April 18, 2010

Hebat.. tapi ke mana?



[ 1 ]

Pernah ada seorang sahabat mengelek sebuah buku, kulitnya berwarna biru muda bercorak moden, kelihatan penanda buku terselit di permulaannya, lantas kuriositi mencetuskan persoalan pada sahabat itu,

“syeikh, buku apa tu?”

“hmm.. ni buku senior ana yang karang, menarik buku ni, mengupas tentang tazkiyah diri..”

Aku bertanya lagi,

“Berapa umur dia?”

“Dalam 21 tahun, tua setahun daripada ana..”

Hatiku berdetik,

“Hebatnya dia! Umur sebaya dengan aku, tapi dah boleh menulis buku, menyumbang idea kepada orang lain untuk dimanfaatkan.. tapi aku? Apa yang aku dah buat untuk menyumbang pada orang lain?..”

*

Ada satu majlis ilmu yang telah aku hadiri diadakan antara pelajar, yang lebih makruf dengan program bedah buku, perbincangan isu sunnah dan bid’ah. Beberapa orang telah diberi tugasan mengupas setiap bab dalam buku itu. Setiap kali selesai persembahan mereka, seorang pelajar selaku pengerusi majlis akan melengkapkan apa yang terkurang, menerangkan apa yang samar daripada pemahaman audiens, dan membuat perkaitan antara satu2 tajuk dengan tajuk yang lain, penyampaian yang diberikan cukup bertenaga dan jelas. Tamatnya acara, aku berkata kepada seorang teman,

“ Memang best perbincangan tadi, rasa macam dah makin clear tentang isu sunnah dan bid’ah.. agaknya enta tau tak umur pengerusi tadi berapa? . Kesimpulan yang dibuat jelas kesinambungannya dengan tajuk..”

Ana rasa dia sebaya dengan enta kot, umur enta berapa?”

“Ana 21 tahun”

“hmm.. betul la, dia memang sebaya dengan enta..”
Hatiku bersuara,

“21 tahun! Gaya dan penyampaiannya langsung tak menandakan umurnya, dah la sebaya pulak tu.. rasa malu pun ada, sebab aku salah seorang yang diberi tugasan, tapi tak dapat melakukan sebaiknya..”

***



[ 2 ]

Salah seorang sahabat yang mempunyai minat yang sama denganku, iaitu streetsoccer. Dia menunjukkan padaku klip video seorang freestyler dari Jepun, Tatsulow namanya. Skil menimbang bolanya yang unik dan kemas memang membuatkan sesiapa yang menontonnya teruja. Begitu hebat sentuhannya ketika menimbang bola.
Aku bermonolog,

“pergh.. mantapnya Tatsulow ni.. skil timbang bola dia memang tak pernah ada orang buat.. memang betul2 power..”


tatsulow..

*

Pernah seketika di asrama, kelihatan beberapa orang pelajar sedang berkerumun, seolah2 sedang menyaksikan sesuatu. Aku pun bergegas ke arah mereka, ingin tahu. Seorang pelajar sedang memegang peranti MP4, ada video sedang ditayangkan, terpapar di skrin kecil seorang pemuda sedang meluncur papan selaju sambil melakukan aksi2 yang agak ekstrem. Aku pun bertanya kepada salah seorang,

“Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun?”

“Ni Rodney Mullen, dia ni street skater..”

“Oo.. camtu.. boleh tahan jugak dia punya trick..”

____________________________________________


Mereka2 di atas adalah golongan yang ana temui dalam hidup, kehebatan dan kepandaian mereka memang mengagumkan ana, dan di sini dapat disimpulkan ada 2 kumpulan manusia :

-Contoh pertama adalah sebahagian daripada contoh mereka2 yang hebat dan bermanfaat untuk orang lain. Kebiasaannya pertemuan dengan mereka pasti terisi dengan perkara yang menambah manfaat diri, walaupun sedikit, tidak kira dari segi ilmu, pengajaran ataupun muhasabah, pokoknya pasti ada.

-Lain pula dengan contoh kedua, kehebatan mereka hanya terbatas pada diri sendiri, hanya sekadar halwa mata untuk orang lain, tidak ada manfaat walaupun sedikit.


Setiap manusia dikurniakan kehebatan dan bakat yang tersendiri, ada kajian menyatakan seseorang manusia mampu memiliki sehingga 120 kepandaian dan bakat. Jadi terpulang kepada masing2 ke arah mana ingin membentuknya.

Pada zaman baginda s.a.w, para sahabat r.a kebanyakannya genius dalam bidang masing2, ada yang pandai berniaga, bersyair, berperang, perancang strategi dan banyak lagi. Sebelum keislaman, bakat2 dan kepandaian mereka hanya semata2 untuk diri sendiri dan puak. Tapi selepas keislaman, bakat2 mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan islam sehingga dapat menguasai dua pertiga dunia.

Maksud hadis rasulullah s.a.w,
“Manusia adalah logam, bergunanya semasa jahiliyyah, begitu juga bergunanya semasa islam, jika memahami (islam)

Akhir kalam, jika selama ini apa yang kita lakukan dan usahakan hanya untuk diri sendiri, kita usahakan pula apa yang kita miliki untuk memanfaatkan orang lain, baik tenaga mahupun buah fikiran. Gunakan kepandaian dan bakat kurniaan Allah s.w.t untuk membantu dan memberi sekadar yang termampu. Insya-Allah ada keberkatan disebaliknya.

Wallahu a'lam..


Nota :-

- kata² daripada hati adalah sekadar penekanan..

Thursday, March 25, 2010

Imtihan..

InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi exam final untuk semester 1 akan bermula. Harap dipermudahkan Allah s.w.t dalam mengharunginya nanti. 7 subjek dalam masa 2 minggu.

Jadual exam semester 1 dalam bln Rabiul akhir 1431 H :

11 hb - Tafsir [ Ibn Kathir ]
13 hb - Hadis [ Sahih Muslim ]
16 hb - Nahu [ Tuhfatus saniyyah ]
18 hb - Tajwid [ al-Burhan ]
20 hb -Tauhid [ 'Ilmul iman ]
22 hb - Usul Dakwah
25 jb - Tazkiah [ Tazkiyatul anfus & Syarh Hilyah Talibil 'ilm ]

"Ya Allah permudahkan segala urusan kami dan jauhkanlah daripada segala kesusahan di dalamnya "

Monday, March 1, 2010

Ahwal 5 bulan



Alhamdulillah.. pada Rabb sekelian alam.. kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas dengan udara kurniaan-Nya dan melihat ciptaan-Nya..

Selama hampir 5 bulan berada di sini, macam² perkara dah dilalui..

Peperangan yang hampir tercetus dengan Amerika.. dan peperangan kerajaan Yaman dengan al-Houthi[syiah] yang berlaku di Sa'dah[utara yaman] yang melibatkan campur tangan kerajaan Arab Saudi..

Masa yang agak longgar sebelumnya menjadi semakin ketat dan padat. Universiti semakin menganjak ke akhir semester 1, kurang sebulan bakinya sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Ujian demi ujian dalam subjek² utama dilalui satu demi satu. Pagi, petang dan malam padat dengan jadual pembelajaran rasmi dan tak rasmi. Cuti sehari seminggu cukup berharga.. dan dimanfaatkan sepenuhnya.. untuk beriadah, rehat dan bersilaturrahim dengan teman².. tersilap perhitungan waktu membawa kepada keperitan pada hari² mendatang..

Sepanjang bermastautin di bumi Saba' sebagai penuntut, itulah serba-serbi kehidupan di sini, penuh dengan campur baur perasaan.. Kalau tak kerana ada rakan² dan sahabat yang menyokong dan membantu, mustahil dirasakan melaluinya sendirian, syukur alhamdulillah.

Harap diri diberi kekuatan untuk terus dikukuhkan kaki dan semangat daripada-Nya, bersama rakan dan sahabat, menuntut ilmu dari-Nya, i'Allah.. ameen..

...
"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan, sesungguhnya bersama kesusahan itu kesenangan.." -firman Allah

"Tidak diuji seseorang itu melainkan dia mampu menghadapinya.." -firman Allah-

wAllahu a'lam..

Monday, February 1, 2010

Ukhuwwah Bola [ ep. II ]


Sambungan daripada episod lalu..




Sewaktu ijtima’ mingguan sekolah berakhir, Us. Toufiq Bedj Bedj al-Jaza-iri mengumumkan,




“Sebelum menutup majlis, saya ingin berjumpa dengan pelajar berikut selepas ijtima’, iaitu Abu Yaman dan `Ayyash. Kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr..”




Lalu mereka berdua berjumpa dengan Us. Toufiq seusai ijtima’. Us. Toufiq berkata,




“Ana hairan dengan antuma berdua, sanggup bermujahadah tengah2 malam, dengan gelapnya, dengan sejuknya, semata2 untuk tengok perlawanan bolasepak..”




Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum kelat, ustaz menyambung lagi,




“Sudah bagus semangat kamu berdua di dalam bermujahadah, tapi kesilapan kamu berdua ialah tidak meletakkan mujahadah itu pada tempat yang sewajarnya, serta berittifaq dalam perkara yang tidak sepatutnya kamu berittifaq, iaitu dalam melanggar peraturan sekolah. Jadi, kamu berdua akan dikenakan hukuman sebagai peringatan..”




Mereka berdebar menanti hukuman yang bakal menanti, sakitnya bukan kepalang, kerana menjadi kebiasaan di dalam pelaksanaan hukuman kepada pelajar, bahagian yang disebat ialah bahagian punggung.




“ Namun, oleh sebab sekarang ini musim world cup, dan ustaz faham kamu semua, memang minat sangat dengan bola, maka sedikit keringanan akan diberikan dalam hukuman. Hulurkan kaki kamu berdua..”, tutur ustaz sambil tersenyum.




“Fuhh, lega.. nasib baik tak kena sebat kat punggung..”, monolog mereka berdua sambil menghulurkan kaki.




Zapp ! Zapp!, Zapp! Zapp!, setiap orang mendapat 2 sebatan di tapak kaki, walaupun diringankan hukuman, perit libasan tetap terasa.




“Aduii, boleh tahan jugak sakit.. nasib baik kaki… kalau punggung, huuu..tak tahu la nak cakap..mesti pedih tahap dahsyat..”, rungut `Ayyash.




“Betul tu, alhamdulillah ustaz ringankan hukuman hari ni.. nasib baik kita..kalau kantoi lain kali mesti kena kat punggung punya..taubat tak buat lagi..”, sambung Abu Yaman sambil berlalu dari situ bersama `Ayyash.




–tamat-




[diolah daripada kisah benar]







apa yang boleh dapat daripada cerita ni? mungkin ada sedikit yang boleh dikongsi..





-Ramai orang sanggup melakukan apa sahaja kerana ukhuwwah mereka.. sama ada baik atau buruk, bergantung kepada dasar ukhuwwah itu sendiri.. atas sebab apa ia terbina..




-Bagaimana seseorang itu berpegang pada agama islamnya? Lihatlah pada temannya.. mafhum hadis baginda Rasulullah s.a.w mengatakan,




“Seseorang di dalam agama(pegangan terhadap islam) itu bergantung kepada temannya, maka lihatlah siapa yang menjadi temannya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]




- Bersefahaman dalam perkara yang tidak baik? Menghindarkannya adalah lebih baik.. maksud firman Allah s.w.t :




“Wahai orang2 yang beriman! Apabila kamu mengadakan perbicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan perbuatan dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Tetapi bicarakanlah tentang perbuatan kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan kembali” [al-Mujadilah 58 : 9]







-Bermujahadah dalam melawan nafsu dan melakukan amal soleh, bukan mujahadah mengikut nafsu dan mengurangkan amal soleh..




- tinggalkanlah perkara yang sia2, sibukkan diri dengan perkara yang berguna, itulah yang terbaik bagi seseorang muslim.. daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah bersabda,




“Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna(sia-sia) baginya” [ Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi ]




- Lakukanlah apa sahaja yang ingin kita lakukan, buatlah apa sahaja yang ingin kita buat, tapi INGAT, setiap perbuatan ada ganjarannya, ada balasannya..




ijtima' - perhimpunan pelajar



ittifaq - bersefahaman




Thursday, January 28, 2010

Ukhuwwah ? [ ep.I ]




Suatu ketika di sekolah menengah, di dalam kelas sanah khomisah, pada musim Fifa World Cup, datang seorang pelajar kepada kawannya.


“ weh `Ayyash, malam ni ada match la”


“oo, siapa lawan?”


“Argentina lawan Germany, mesti best giler match malam ni, team aku lak tu”


“Bukan team ko sorang jer Abu Yaman, Argentina team aku jugak. Habis tu nak wat camner?, bukan kita boleh tengok pun malam ni. Ko tau je lah tv sekolah, aerial season habis, confirm gambar tak clear, buat sakit mata jer tengok.”


“Camni, aku ada plan.. kita fly kedai astro”


“Ko nak fly?, ish, bahaya la. Kalau kantoi ko tau je la apa yang kita dapat, tak pasal2 berbirat bawah pinggang nanti”


“Itu kalau kantoi, kalau tak ok jer kan?, aku rasa ok jer kot. Ala, bukan selalu pun kita fly. Kalau boleh memang aku tak nak terlepas match kali ni, sebab Germany boleh tahan jugak dia punya kuat”


“hmm..”


“Ala.. selamba jer, kita gerak sekali ok?, bukan selalu pun tengok match team kita, lagipun hari ni cuti kan?”


“Kalau camtu, ok la, aku follow, pukul berapa plan?”


“Ikut plan aku, lepas isya’ kita pergi belakang asrama, gerak guna basikal”


“Lepas isya’ terus? Tak boleh lambat sikit? Sebab budak2 lalu-lalang lagi time tu kat luar asrama, risiko nak kantoi pun tinggi. Camna kalau kita kita gerak lambat sikit, dalam setengah jam lepas isya’, mungkin dalam pukul 9.15, ok?”


“Tapi match dah start sebelum isya’..”


“Isy.. ok la tu, daripada berisiko untuk kantoi, baik pergi lambat sikit, yang penting dapat tengok match..”


“Hmm.. kalau camtu ok la, kita gerak pukul 9.15”



Selepas menunaikan solat isya’, mereka berkumpul di belakang asrama, mencapai basikal masing2 dan bergerak meredah jalan kampung, di mana kiri kanannya kebun getah dan belukar, gelap pekat malamnya tanpa cahaya bulan, sejuk yang menggigilkan tubuh, berbekalkan jaket dan lampu suluh, menuju ke kedai astro, dengan harapan menyaksikan team mereka, Argentina menang melawan Germany.


Dalam perjalanan pulang, selepas menyaksikan match tersebut. Abu Yaman mengeluh,


“Pergh, tension giler.. camna la team kita boleh kalah.. penalti pulak tu..”


“Betul tu, dah elok2 seri 1-1, tetiba plak kalah time penalti, ni mesti sebab salah coach dia, ada ke patut keluarkan player J.R. Riquelmé tengah match, macam confident jer nak menang, tak kan tak tau yang dia tu playmaker Argentina,.. aduss, apa la punya coach, bagus betul dia punya decision .. sia2 aku fly..”


Diskusi mereka tentang kesimpulan perlawanan penuh dengan emosi, lantaran kekalahan pasukan yang diminati.


Beberapa hari selepas itu, Abu Yaman datang kepada `Ayyash.


“`Ayyash, aku ada berita ‘best’ untuk ko, untuk kita..”


“Berita ‘best’?, apa yang bestnye berita tu?”


“Ingat tak hari tu kita ada fly pergi tengok match kat kedai astro kan?”


“Ye la, memang ingat, memang aku tak lupa Argentina kalah, tapi kenapa?”


“Sebenarnya kita dah kantoi.. kantoi fly.. kebetulan waktu on the way balik sekolah, ada pengawas yang nampak kita..”


“Alamak… “, sebut `Ayyash sambil menunjukkan reaksi kecuakan..





To be continued..



sanah khomisah - tahun lima


match - perlawanan bola sepak


Fly - istilah yang diguna pakai untuk keluar tanpa izin dari sekolah


kedai astro - kedai makan yang menayangkan match bola


coach - jurulatih


playmaker - perancang permainan

Sunday, January 17, 2010

Lobak Merah, Telur dan Kopi..

Suatu hari, seorang gadis datang kepada ibunya dan bertanya

"Mak boleh, boleh bagi sedikit nasihat tak?"

Emak menjawab dengan tenang,

"Boleh nak, tapi sebelum tu mak nak kakak lakukan sesuatu boleh?"

si gadis menjawab,

"Ok mak, tapi apa yang mak nak kakak buat?"

"Mak nkak kakak sediakan lobak merah,telur dan kopi. Bila semua bahan tu dah tersedia, rebus kesemua bahan² tersebut sekaligus, apabila selesai datang kembali pada mak"

Gadis itu kemudiannya melakukan apa yang disuruh, namun masih kebingungan tidak memahami maksud ibunya.

Beberapa ketika berlalu, gadis itu sudah pun menyelesaikan task yang diberi, lantas berjumpa ibunya dengan pelbagai persoalan di benak.

"Mak, kakak dah selesaikan tugas yang mak suruh. Tapi kenapa mak suruh rebus semua bahan² tu? tak faham la mak"

Tanya gadis itu dengan sifat ingin tahu.

Si ibu tersenyum,

"Sebenarnya, lobak merah, telur dan kopi yang mak suruh kakak rebus tu ada perkara di sebaliknya.. iaitu perkara yang mak nak sampaikan pada kakak, jadi mak gunakan bahan² tersebut sebagai contoh untuk itu.."

Si ibu menyambung lagi,

"Mak nak ibaratkan bahan² yang kakak rebus tadi dengan sifat manusia, air yang direbus pula permasalahan dan dugaan yang mereka hadapi dalam hidup.



lobak sebelum direbus, keras sifatnya, merona warnanya. Apabila direbus, jisim yang keras menjadi lembut, warna yang merona menjadi pudar. Begitu juga dengan manusia yang tampak hebat penampilannya, penuh keyakinan lagaknya [tafaakhar].. tapi, bila didatangi ujian.. lagaknya, penampilannya, luntur terhakis.. yang tinggal hanya kecewa dan tidak bermaya.. tidak seperti perwatakan sebelumnya, sebelum menghadapi mehnah.



Lain pula telur, iaitu cecair yang bebas bergerak di sebalik cengkerang, dan lembut alirannya.. namun bila direbus, sifat cecairnya bertukar kepada sifat pepejal, yang bebas bergerak menjadi jumud dan beku.. inilah contoh kepada sifat manusia yang pada awalnya bersifat lembut dan ramah, tapi bila dugaan datang melanda, sifatnya yang awal berubah kepada sifat yang keras dan pasif, tidak lagi seperti dulu..

Dan akhir sekali kopi, walaupun ia direbus dengan air yang panas, yang dididihkan di atas dapur api, sekali² tidak merubah sifat asalnya walaupun terlarut, bahkan enak bagi orang lain untuk menghirup dan menikmatinya. Sifat ini menerangkan sifat manusia yang sentiasa reda dengan apa yang dilalui, sentiasa bersangka baik dengan Pencipta kepada dirinya, atas baik dan buruknya ujian yang menimpa, eranan yakin dengan firman-Nya,

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

[al-Baqarah 2 : 286]

Masalah yang menimpa juga bukanlah pengeruh kepada ukhuwwahnya dengan saudara²nya yang lain.. namun sedayanya dia akan menjaga ikatan tersebut agar tidak terjejas dengan permasalahan sendiri.. jadi, kakak faham kan apa yang mak maksudkan?"

Gadis itu mengangguk sedikit dan tersenyum, lalu berkata"

"Terima kasih mak, sebab bagi kakak contoh pengajaran yang sangat berguna buat kakak.."

* * *

tafaakhar - membesar²kan diri

[ adaptasi daripada kisah benar ]

Wallahu a'lam...

Sunday, January 10, 2010

Ini Pengalaman..

[..seorang yang berada jauh dari tanah airnya..]


sekadar gambaran..

Lunak kedengaran, suara imam mengakihiri solat dengan lafaz salam, beberapa saat selepas itu, seorang lelaki pun bangun dan bersuara,

“Wahai saudara2ku, tidak ku pinta wang beribu2, walau ratusan riyal, hanya sedikit keikhlasan kalian pada ku, walaupun puluhan riyal. Demi Allah! Yang ada padaku hanya sehelai sepinggang yang kalian lihat sekarang, rumahku kekurangan bahan dapur, yang tinggal hanyalah sedikit minyak masak, dan anak-anakku di rumah kelaparan. Sudikah kalian wahai saudaraku, hanya secebis belas daripadamu? Sungguh! aku dan keluargaku amat memerlukan makanan, sedikit tepung dan wang sudah memadai bagiku, buat menampung diriku dan keluargaku. Hanya Allah sebaik2 pemberi balasan kepada keikhlasan kamu semua di dunia dan akhirat..”, katanya sambil menahan sebak.

Sejurus itu, dia mengelap matanya dengan serbannya, kemudian dihamparkannya serban tersebut, lalu duduk bersimpuh sambil menundukkan wajah.

60 Ry = Rm 1

*

Selepas solat Jumaat, di pintu keluar masjid,

“Assalamu’alaikum w.b.t, saudara2ku yang dimuliakan kerana Allah s.w.t, mungkinkah buatku sedikit sumbangan ikhlas daripada kalian?, kerana saat ini aku amat memerlukan wang , sangat2 memerlukannya, buat menampung perubatan anakku, kerana aku kesempitan wang dan harta, lihatlah anakku ini..”

Di hadapannya berdiri seorang kanak2, tubuhnya yang mungil dan riak wajahnya yang pucat menandakan kesakitan yang dihadapi. Lelaki itu kemudian menyelak baju kanak2 tersebut dari bawah ke atas dan mengisyaratkan telunjuknya pada bahagian bawah abdomen budak itu, kelihatan dua bonjolan seakan membengkak di situ.

“Lihatlah wahai saudaraku! Anakku ini..”, ulangnya lagi, sambil tangannya menunjuk2 bahagian yang membengkak itu.

“Belas kasihan kalian amat2 aku harapkan, buat menampung pembiayaan perubatan anakku.. Allah sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian.. semoga Allah membalasi kalian dengan syurga-Nya.. atas jasa kalian membantuku..”, sambungnya lagi dengan nada yang sayu.

*

Usai sahaja imam melafazkan salam penutup solat maghrib, berdiri seorang lelaki pertengahan umur di saf yang pertama,

“Ya Ikhwaani !.. aku sekarang berada dalam keadaan terdesak.. sedang aku berada di Yaman, anakku2 pula berada di Saudi, dan mereka amat2 memerlukan aku.. namun aku di sini kesempitan wang, tidak mempunyai nilai secukupnya untuk bertemu dengan anakku2 nun di sana..”, katanya sambil menjulang2 pasport di tangan..

“Aku memohon, aku memohon pada kalian, agar sedikit sumbangan dapat diberikan padaku.. Demi Allah ! Aku sangat memerlukan wang sekarang, secepat mungkin, agar dapatku bertemu dengan anakku2 di Saudi nanti,..”, akhirinya sambil menyeka rembesan air mata dengan hujung kain serbannya.

*

[..ulasan orang itu tentang pengalamannya..]

Itulah antara cebisan2 longgokan peristiwa yang dilalui saban hari di bumi Balqis. Saat mula2 menjejakkan kaki di sini, janggal amat dengan situasi yang belum pernah ditemui di Malaysia. Situasi orang meminta belas ehsan orang lain atas bebanan yang ditanggungi, bukan di jalanan dan lorong2 kaki lima yang kita biasa ditemui di tanah air, tetapi di dalam masjid.

Perkara seperti ini hampir setiap hari berlaku di masjid di sini. Walaupun begitu, setiap kali bangunnya seseorang menyatakan masalah kesempitan wang yang dilalui, para jemaah yang hadir pantas menyeluk saku mereka, menghulurkan sekadar yang termampu tanpa banyak soal bicara.

Lain pula yang kita biasa hadapi di negara kita. Orang yang meminta sedekah kebiasaannya berada di dalam kawasan masjid, bukan di dalam masjid, jauh lagi menceritakan masalah kewangannya kepada hadirin yang datang menunaikan solat. Namun apa yang kita lihat, beberapa kerat sahaja yang sudi menghulurkan sedikit wang ringgit, atau sekurang-kurangnya beberapa keping syiling, buat yang menadah tangannya. Lebih banyak yang melintasi, hanya sekadar sapaan mata, tanpa huluran belas.

Kemungkinan ramai daripada kita menganggap orang yang meminta sedekah itu daripada sindiket2 haram yang mengaut keuntungan dengan cara sedemikian, kerana telinga kita sudah alah bisa tegal biasa dengan berita2 sindiket haram peminta sedekah, baik di televisyen mahupun surat khabar.

Ada logiknya kita berfikiran begitu dari suatu sudut, namun, dari sudut lain, terdapat satu mafhum yang disahihkan periwayatannya daripada hadis baginda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Tangan yang di atas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta)

Berdasarkan mafhum hadis di atas, kita digalakkan untuk memberi sedekah, berkongsi sedikit apa yang kita nikmati daripada rezeki kurniaan Allah. Mungkin terus menghukum bahawa si peminta sedekah itu datangnya daripada sindiket haram perlu kita elakkan, kerana Allah sahaja yang tahu hakikatnya, keadaannya yang sebenar.

Kita sebagai hamba Allah, jika ingin melakukan amal soleh, mungkin tidak perlu mempersoalkannya. Jangan jadi seperti bani israel, kaum nabi Musa a.s, apabila diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mengorbankan seeekor sapi, mereka bertanya apakah warnanya?, jenis apakah ia?, berapa pula umurnya?, kerana banyak soal, mereka semakin sulit untuk menunaikan perintah-Nya, dan hampir² tidak menunaikan titah perintah Allah.

Sebagai contoh, bersedekah.. sama ada orang yang bakal menerima itu adalah seorang yang sedang menipu atau benar2 sedang menghadapi kesulitan, bukan tugas kita menghukum mereka. Yang lebih aula buat kita ialah melakukannya sahaja amal soleh itu, disamping keikhlasan semata-mata kerana-Nya, hanya itu yang Allah mahukan buat kita, insya-Allah ada ganjarannya. Yang selebihnya berlaku ke atas kita adalah urusan Allah s.w.t.. Jangan kerana terlalu banyak persoalan yang timbul ketika ingin beramal, menghalang kita daripada melakukan amal soleh, yang kelak sebagai saham kita di akhirat nanti..


wallahu a’lam..




sekadar hiasan..