Friday, November 27, 2009

Jalan-jalan, Cari Kambing

Alhamdulillah, 3 hari sebelum berlangsungnya Hari Raya Korban, buat pertama kali dalam hidup, berpengalaman bersama² mencari sembelihan untuk 'Eidul Adha, ternakan daripada jenis kambing menjadi pilihan, atas sebab lebih praktikal dan mudah diuruskan. 2 ekor kambing dan 3 ekor kibasy telah dibeli, sebagai korban pada 'Eid Adha nanti..


sewaktu mula² sampai di medan jualan kambing

kambing dibiar tanpa pagar

yang menjadi perbezaan antara kambing² ialah tanda atau warna daripada cat

deal dengan penjual kambing, untuk mendapatkan harga terbaik


urusniaga berjaya, seekor kambing bernilai 18'000 riyal yaman


cara bermuamalah dengan kambing

memunggah makanan kambing ke dalam lori kecil



riak muka seekor kambing..



di dalam lori..

sempat bergambar..

riak² muka yang ceria, gembira bersama² kambing.

tiba di rumah...

Bermuamalah dengan kambing sebaiknya..





kambing [bertanduk] dan kibasy [berkepala hitam]

Cara menggerakkan kambing..

Makan time..






berkenang-kenangan bersama kibasy..





"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)" [ al-Kausar 108 : 2 ]
















Friday, November 20, 2009

Lagi² Hadiah Dari Allah

Sekadar hiasan,


AlhamdulilLah, kini datang kepada kita sekali lagi peluang keemasan, khas daripada Allah s.w.t, hadiah buat kita yang bergelar muslim, tanda kasih sayang dan cinta-Nya. Iaitu peluang melipatgandakan amalan harian kita pada Allah s.w.t, atau lebih tepat lagi sebagai peluang untuk beramal soleh, pada bulan akhir dalam kalendar Hijri, iaitu bulan Zulhijjah.

Pada awal bulan ini, 1o hari yang pertama, kita digalakkan untuk menghidupkan hari-harinya dengan ibadah sunat, sebagaimana 1o hari terakhir Ramadan, kita menghidupkan malam-malamnya dengan zikruLlah dan tilawah al-Quran.

Antara perkara² yang digalakkan pada 1o hari sebelum tibanya hari 'Eid al-Adha :


-berpuasa sunat, disamping iftar jama'ie ( berbuka puasa berjemaah)
-tilawah al-Quran
-zikrullah
-bersedekah
-memohon taubat kepada Allah s.w.t
-memaafkan kesalahan saudara² kita, bermaafan dengan mereka, disamping mendoakan kebaikan untuk mereka dunia dan akhirat.
-berdoa supaya Allah menetapkan hati kita sentiasa dalam agama-Nya
Dalam 10 hari, ada satu hari yang teristimewa, yang ditunggu-tunggu ketibaanya oleh seluruh muslimin, hari yang penuh rahmat dan keberkatan, maghfirah* dan mahabbah* dari Allah s.w.t, disunatkan kepada kita untuk berpuasa selain hari² awal yang lain, iaitu hari 'Arafah, 9 Zulhijjah, sehari sebelum 'Eid al-Adha pada 10 Zulhijjah.


Namun dari sudut lain, hari 'Arafah merupakan hari yang paling dibenci oleh iblis dan syaitan laknatuLlah. Terdapat mafhum hadis meriwayatkan bahawa pada hari tersebut iblis serta syaitan berada dalam keadaan sedih, tension, marah, emosional dan lesu tak bermaya kerana hasil usaha mereka sia². Sepanjang tahun mereka telah bersungguh² menyebarkan dakyah² tipu daya mereka dalam diri manusia seperti fitnah, maksiat, kefasikan dan menyelewengi anak adam dari jalan yang lurus. Tapi segenap usaha mereka hanyalah debu² yang ditiup angin, tanpa sedikitpun meninggalkan kesan, lantaran terdapat sebuah hadis daripada baginda s.a.w bermaksud :



Dari Abi Qatadah r.a, bersabda RasuluLlah s.a.w :

"Puasa pada hari 'Arafah, Allah mengampunkan dosa² pada tahun sebelumnya(hari 'Arafah) dan tahun selepasnya" ( riwayat Muslim)



Jadi, rebutlah peluang keemasan yang tersedia ada di depan mata, untuk beribadah kepada-Nya dendgan seikhlas hati, setulus jiwa, dan jangan juga lupa untuk memberitakan khabar gembira ini kepada orang terdekat kita, sama ada keluarga, sahabat handai atau taulan, yang kita kasihi kerana Allah s.w.t, agar bersama² mendapat mendapat redha-Nya, insya-Allah. Selamat beramal !



*maghfirah - pengampunan
*mahabbah - kecintaan