Wednesday, December 30, 2009

Internazionalé..





Bismillahirrahmanirrahim..



Maksud firman Allah s.w.t :


“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” [al-Hujuraat 49 : 13]


* * *


" Assalamua'alaikum.. apa khabar ? siapa nama enta? ", sapanya dalam bahasa arab sambil menghulurkan tangan.


"Wa'alaikumussalam, baik alhamdulillah.. ana Ubadah, dari Malaysia.. nama enta?", balasku spontan, sambil menyambut salam tangannya.


"Ana Maliki.. Blémir Maliki.. dari Kosovo", balasnya sambil tersenyum.


* * *


Perbualan di atas salah satu daripada perbualan² berta'arruf dengan saudara se-Islam di sakan waafidiin milik univ. sains dan teknologi yaman.


Teringat ketika mula² masuk di sekolah berasrama di Malaysia. Berta'arruf dengan rakan² baru yang sebahasa begitu mudah sekali. Segala apa yang ingin diketahui dan ingin diberitahu lancar sahaja keluar dari mulut. Tapi di sini, wasilah untuk berta'arruf dan saling kenal-mengenali dengan rakan² yang berlainan bangsa ialah bahasa arab, di samping bahasa inggeris.


Mereka terdiri daripada bermacam kerakyatan.. yang datang dari pelbagai pelusuk dunia, seperti Kosovo, Bosnia, Algeria, Bangladesh, China, Tajikistan, Ukraine, Ghana, Iraq, Turki, Mesir, Sri Lanka, Albania dan banyak lagi.


Apabila bersua tak kira masa di dalam asrama, kebiasaanya mereka yang akan menegur terlebih dahulu dengan ucapan salam, yang diserikan dengan senyuman dan jabatan tangan. Kemesraan yang dipamerkan mereka kekadang membuatkan diri terasa segan.. bukan kerana kurang selesa, tapi kerana tidak mampu untuk mengekspresi kemesraan diri terhadap orang lain sebaiknya..[ insya-Allah perkara ini tidak akan lama.. tekad untuk menjadi orang yang mesra dengan orang lain sebaiknya insya-Allah..].


Di sini juga seolah2 dapat merasai [ insya-Allah ] a’lamiyyahnya islam, dan syumulnya islam, tanpa perbezaan bangsa dan warna kulit. Perkara ini jelas terasa apabila bersama2 beribadah secara berjemaah dan saling mendoakan antara satu sama lain ke arah kebaikan.. disamping kerancakan berukhuwwah yang mereka tunjukkan tanda mengasihani saudara sesama muslim..


Moga Allah s.w.t mengurniakan limpah rahmat dan kurnia-Nya ke atas diri kita dan seluruh umat yang mengiktikadkan Allah s.w.t adalah Rabbnya dan Rasulullah s.a.w utusan-Nya.. dan dapat mewujudkan suasana ukhuwwah islamiyyah di

sana [ Malaysia ] insya-Allah..


“Dan di antara tanda-tanda ( kebesaran )-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”

[ar-Ruum 30 : 22 ]


Wallahu a’lam…



Internazionalé – antarabangsa [ bahasa Itali ]

Sakan waafidiin - asrama pelajar luar

a’lamiyyah – globalisasi

syumul - menyeluruh

Wednesday, December 16, 2009

“saya baru masuk islam..”

*************************************************************************************
اَللهم نَور قلوبنا بِنورِ هِدايَتِكَ كَما نَورتَ الأرضَ بِنُورِ شَمْسِكَ.. أبدًا أبَدا يَا رَب الْعَالَمِيْنَ

"Ya Allah.. sinarkanlah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu.. seperti mana Kau menyinari bumi dengan cahaya matahari-Mu.. selama-lamanya.. wahai Rabb sekelian alam.."

*************************************************************************************
“haa?”

Itulah reaksi kami terhadapnya, seakan terkejut mendengar. Saat mula2 dia berta’arruf tadi, kami memahami dia telah islam sejak lahir lagi.

“Ya, saya baru masuk islam, maksud saya islam yang betul2, kerana sebelum ini saya menganggap islam itu cuma pada nama sahaja, bukan kehidupan”, katanya sambil menatap wajah2 kami.

“Macam tu rupanya, hampir2 tersalah faham tadi”, balas satu suara.

Seseorang daripada kami bertanya, “kalau tak keberatan, boleh ceritakan sikit sejarah sebelum dan bagaimana mula mengerti tentang hakikat islam yang sebenar?”

Dia mengangguk sedikit, kemudian menyambung,

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa, iaitu dari segi pegangan islamnya. Ayah saya orang putih, ibu saya pula orang Melayu. Sewaktu kecil, saya pernah diajar untuk membaca al-Quran dan bersolat. Tapi hakikatnya, untuk apa dan mengapa saya perlu melakukan semua itu, tidak pernah dijelaskan asbab musababnya secara jelas.

Saya juga membesar di barat sewaktu zaman remaja dan kanak2. Kemudian menyambung pelajaran dalam diploma masakan, sebagai persediaan untuk menjadi chef. Tamat pelajaran, saya bekerja di sebuah restoran masakan Perancis. Antara bahan2 yang menjadi kebiasaan dalam ramuan masakan Perancis ialah arak. Namun ketika itu, saya menganggap ia hanya perkara biasa..

Pada waktu itu, saya juga beranggapan bahawa perempuan islam yang bertudung adalah orang yang tidak mempunyai erti kebebasan, fikiran mereka terbatas dengan tudung yang mereka pakai, dan bagi saya mereka langsung tidak memahami apa itu kebebasan kerana disekat ajaran agama. AstaghfiruLlaahal ‘aziim, hanya Allah sebaik2 pengampun dosa saya”


Kami berpandangan sesama sendiri, sebagai tindak balas apa yang didengari, lalu melihatnya kembali.

“Itulah antara kisah saya sebelum mula mengerti islam yang sebenar. Terasa bersalah sangat2 bila mengingatnya kembali, episod jahiliyyah yang lalu.”

Saat itu, matanya seakan bergenang, sebak menanti tumpahnya air mata. Namun digagahkan jua menahannya.

“Walaupun saya berpendapat begitu pada masa yang lalu, saya mempunyai hobi membaca religious material. Apa2 sahaja bahan bacaan berbentuk keagamaan termasuk artikel dan buku, akan saya membacanya. Sebab utama saya membaca perkara yang berkaitan keagamaan adalah untuk mengisi kekosongan dalam diri, kekosongan yang tak dapat dijelaskan kedaannya. Saya juga pernah membaca bible, Old Testament dan New Testament, berkali2 habis membacanya. Begitu juga tentang ideologi2 barat yang telah diperjuangkan, seperti komunisme, sekularisme, liberalisme dan bermacam lagi ideologi2 yang dikemukakan mereka(orang kafir).

Namun, ternyata segala apa yang saya lakukan untuk memenuhi kekosongan itu menemui jalan buntu. Bible yang penuh dengan kekeliruan, dan ideologi2 yang tidak masuk akal, sedikit pun tidak mengisi kekosongan jiwa saya, apatah lagi memenuhinya.

Sehinggalah saat ditakdirkan Allah tiba, pada suatu malam, saya menonton satu video ceramah agama seorang ustaz, sepert biasa sebagai hobi. Sewaktu menyaksikannya, ditakdirkan Allah ada satu bahagian yang video tersebut yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya dalam mengerti hakikat islam dan hidup ini. Ianya berbunyi,

”Bagaimana kita mahu mati dalam keadaan lailahaillAllah, sedangkan akhlak kita tidak lailahaillAllah, tangan kita tidak lailahaillAllah, kaki kita tidak lailahaillAllah, dan yang paling penting hidup kita tidak lailahaillAllah !”.

Bergetarlah jiwa, terbukalah mata hati yang buta, ya Allah!, hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya pada waktu itu, bagaikan ketakutan yang tiada tandingannya, tidak pernah dirasai seumur hidup, dan seakan baru mengerti Allah itu tuhan dan islam itu agama saya.

Selesai sahaja menyaksikan video itu, berkumandanglah azan subuh di masjid, bergegas saya ke sana tanpa berlengah, dan buat pertama kalinya dalam hidup saya selama 20 tahun, saya menunaikan solat dengan seikhlas hati saya, dengan penuh ketakutan, penyesalan dan pengharapan pada-Nya. Sewaktu itu juga saya menangis semahu-mahunya, mendambakan keampunan hanya daripada-Nya, atas dosa2 yang lalu.

Saat itu juga, perkara yang sering saya cari untuk mengisi kekosongan dalam diri seolah2 telah terisi, terasa ketenangan dan kedamaian yang tidak pernah dikecapi sebelum ini.
Dan sejak peristiwa itu, hidup saya berubah, betul2 berubah. Saya mula mendalami islam, sedikit demi sedikit disamping cuba mempraktiknya semampu mungkin, sebagai harapan agar Allah s.w.t redha dengan saya, redha dengan apa yang saya lakukan, dan itu sahaja yang saya harapkan, redha Allah s.w.t.. ”.

Dia mengakhiri bait2 akhir kata-katanya.

Dan kedengaran,

“JazakAllahu khair* kepada saudara kita yang sudi menceritakan sejarah hidupnya, tidak lain dan tidak bukan sebagai pedoman buat kita, agar sentiasa bersyukur atas nikmat iman dan islam, dan nikmat hidayah Allah s.w.t. yang tak ternilai harganya.

Dan wahai saudaraku, cuba kita tanya pada diri kita, soal diri kita, refresh balik, apakah kita tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa bersyukur atas kurniaan nur hidayah daripada Allah?, Kerana hidayahlah membezakan darjat kita disisi Allah s.w.t, membezakan yang peka dengan yang alpa, dan yang paling penting membezakan antara syurga dan neraka !.

Dan berapa ramai manusia yang kita jumpa, apabila dipersoalkan kepada mereka untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan, mereka membalas,

“Aku memang dah ada niat nak berubah, nak jadi baik, tinggal benda-benda macam ni (maksiat dan mungkar), tapi macam tu lah, kena tunggu dapat hidayah dulu, baru aku boleh berubah,”

Sungguh, maha suci Allah, apa yang mereka iktikadkan* tidak sekali2 akan terlaksana. Dan ketahuilah saudara-saudaraku yang dikasihi kerana Allah s.w.t, bahawa cahaya hidayah itu perlu dicari, dicari dan dicari, bukan dinanti sehingga berkunjungnya mati.

Oleh sebab itu, menjadi dharuri* bagi kita berpesan-pesanan sesama sendiri agar tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi, sebagai mana maksud dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-‘Asr :
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Agar kita sentiasa berada dalam bi’ah hasanah*, demi memudahkan taqarrub ilAllah*, dan dikurniakan nur hidayah insya-Allah. Wallahu a’lam.”


[ adaptasi daripada kisah benar ]



*Old Testament & New Testament – Jenis2 Bible(Injil)
*JazakAllahu khair - semoga Allah memberi kebaikan padamu
*iktikad – pegangan
*dharuri – keperluan, kemestian
* bi’ah hasanah – suasana kebaikan
*taqarrub ilAllah – mendekatkan diri pada Allah ( ibadah )

Friday, December 11, 2009

'Eid Adha 1430 h.. Nor Village Neither Country..

Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup, beraya di rantau orang, tidak di kampung tidak di Malaysia..

Dan seperti biasa, pasti terpalit sedikit perasaan hiba, berjauhan daripada keluarga, tanda fitrah manusia biasa..

Walaupun begitu, adanya teman² di sini ternyata pengubat luka.. sebagai 'abd yang daif lagi biasa..

Salam 'Eid Adha Mubaarak, kullu 'aam wa antum bikheir insya-Allah, juga salam rindu juga buat keluarga², sahabat² handai dan rakan taulan.. daripada kami di sini....






kenangan di beraya di kedutaan Malaysia



antara bilangan yang selamat dikorbankan pada 11 Dzulhijjah 1430 h..




Aktiviti membakar bulu² yang melekat pada daging, dilakukan dengan penuh teliti..



Selesai membakar bulu kesemua bulu kambing² dan kibasy², aktiviti melapah dilakukan secara berjemaah..



Ternyata 'Eid Adha di sini lain daripada apa yang di lalui di Malaysia. Bagi masyarakat negara kita, perayaan yang terbesar bagi umat islam ialah 'Eidul Fitri. Namun di sini, perayaan terbesar atau 'eid kubra adalah hari raya korban. Mereka menyambut dengan penuh kemeriahan, saling mendoakan antara satu sama lain, pulang ke kampung, sama seperti ketika rakyat Malaysia menyambut hari raya aidilfitri.


Mungkin bagi mereka, perayaan 'Eid Adha adalah sesuatu yang sangat bermakna.. berdasarkan kepada peristiwa nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s yang menunjukkan sebenar² pengorbanan kepada Allah s.w.t.. yang kisahnya sangat makruf bagi kita..


Dan pengorbanan mereka diabadikan oleh Allah s.w.t.. perayaan 'Eid Adha yang kita sambutinya setiap tahun adala bukti sebagai mengingati peristiwa agung mereka..


Moga Allah s.w.t memberi kita ketabahan dan kekuatan seperti nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s dalam menghadapi mehnah dan ujian daripada-Nya.. Ameen ya Rabb..


Wallahu a'lam..