Monday, September 28, 2009

Flashback sikit..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Bermula tahun lalu, selepas keputusan SPM di keluarkan, mula bertekad untuk menduduki ujian STAM di Hidayah Ipoh. Namun, qadarAllahu ma syaa',diri ini telah ditakdirkan untuk menimba ilmu di INTISAR, dalam bidang dip. syariah islamiyyah. Sewaktu itu harapanku hanya satu, dapat menyambung pelajaran di al-Azhar as-Syarif seperti mana ayahku.

Dan Maha Suci Allah, sekali lagi takdir Allah mendahului harapanku, apabila mendapat khabar bahawa mu'adalah (twinning) univ. al-Azhar dengan ipt di Malaysia dibatalkan atas sebab2 tertentu. Dunia bagaikan gelap seketika, saat berita itu menyapa cuping telinga. Harapan yang menggunung sebelum ini dirasakan relai, gugur satu persatu. Masakan tidak, saat itu baru sahaja selesai daripada ujian sem 1 pada akhir bulan Jun, ingin berpatah kembali untuk mendaftar STAM, mustahil difikirkan.

Runsing, serabut, kusut. Itulah definisi terbaik fikiranku, hanya kerana memikirkan masa depan yang tidak pasti penghujungnya.

Saat kembali ke kolej dari rumah apabila selesainya hari cuti, aku dan sahabat2ku diminta agar tidak terlalu memikirkan situasi tersebut, kelak menjejaskan perkara yang lebih penting. Aku merasa bagaikan baru belajar untuk redha dengan takdir Allah pada waktu itu, astaghfiruLlahal 'aziim, Allahummaghfirli yaa Rabb.

Hari demi hari, bulan berganti bulan, sehingga berakhirnya tahun '08, terbitnya tahun'09. Aku tetap meneruskan pembelajaran seperti biasa di INTISAR. Sehinggalah diberitakan tentang Yaman, seakan berbunga hati kami, harapan baru mula terbina. Sementara menunggu muqabalah* untuk kemasukan ke universiti di sana pada akhir tahun. Aku dan sahabat2ku di minta berhijrah ke Kelantan untuk mendaftar sebagai calon STAM di kolej Jaiputra, sebagai mengisi sela masa yang panjang, maka bermulalah kembara baru di sana..

Bila mana mula menjejakkan kaki, perasaan segan, baru, first-impression terhadap kolej, mula bercampur baur. Selama 6 bulan di sana, aku berta'arruf, saling bertukar cerita dan join program besama2 student. Alhamdulillah, ternyata banyak perkara yang telah Allah kurniakan sepanjang keberadaan di sana, semestinya pengalaman dan ilmu yang bermanfaat. Namun yang paling aku syukuri, dikurniakan sahabat2 yang mengerti diri ini sebagai seorang insan. Dapat menerima kekurangan dan kelemahan dengan seadanya. JazakumuLlahu khairal jaza' ya asdiqa i, hanya Allah sebaik2 pemberi balasan buat antum semua.



Dari INTISAR ke JaiPutra, seterusnya ke Yaman, ternyata terlalu banyak khibrah* dan suka duka yang telah dilalui sepanjang perjalanan. Sungguhlah Allah itu sebaik2 perancang, mungkin apa yang kita rasakan baik buat diri, namun hakikatnya adalah di sebaliknya, dan mungkin apa yang kita rasakan tidak baik buat diri, namun itulah yang terbaik buat kita. WaLlahu a'lam..


~Saat catitan ini tercatat di dalam laman maya, sudah beberapa hari diri ini berada di bumi Yaman.




*temuduga
*pengalaman

No comments:

Post a Comment