Wednesday, December 16, 2009

“saya baru masuk islam..”

*************************************************************************************
اَللهم نَور قلوبنا بِنورِ هِدايَتِكَ كَما نَورتَ الأرضَ بِنُورِ شَمْسِكَ.. أبدًا أبَدا يَا رَب الْعَالَمِيْنَ

"Ya Allah.. sinarkanlah hati kami dengan cahaya hidayah-Mu.. seperti mana Kau menyinari bumi dengan cahaya matahari-Mu.. selama-lamanya.. wahai Rabb sekelian alam.."

*************************************************************************************
“haa?”

Itulah reaksi kami terhadapnya, seakan terkejut mendengar. Saat mula2 dia berta’arruf tadi, kami memahami dia telah islam sejak lahir lagi.

“Ya, saya baru masuk islam, maksud saya islam yang betul2, kerana sebelum ini saya menganggap islam itu cuma pada nama sahaja, bukan kehidupan”, katanya sambil menatap wajah2 kami.

“Macam tu rupanya, hampir2 tersalah faham tadi”, balas satu suara.

Seseorang daripada kami bertanya, “kalau tak keberatan, boleh ceritakan sikit sejarah sebelum dan bagaimana mula mengerti tentang hakikat islam yang sebenar?”

Dia mengangguk sedikit, kemudian menyambung,

“Saya dibesarkan dalam keluarga yang biasa, iaitu dari segi pegangan islamnya. Ayah saya orang putih, ibu saya pula orang Melayu. Sewaktu kecil, saya pernah diajar untuk membaca al-Quran dan bersolat. Tapi hakikatnya, untuk apa dan mengapa saya perlu melakukan semua itu, tidak pernah dijelaskan asbab musababnya secara jelas.

Saya juga membesar di barat sewaktu zaman remaja dan kanak2. Kemudian menyambung pelajaran dalam diploma masakan, sebagai persediaan untuk menjadi chef. Tamat pelajaran, saya bekerja di sebuah restoran masakan Perancis. Antara bahan2 yang menjadi kebiasaan dalam ramuan masakan Perancis ialah arak. Namun ketika itu, saya menganggap ia hanya perkara biasa..

Pada waktu itu, saya juga beranggapan bahawa perempuan islam yang bertudung adalah orang yang tidak mempunyai erti kebebasan, fikiran mereka terbatas dengan tudung yang mereka pakai, dan bagi saya mereka langsung tidak memahami apa itu kebebasan kerana disekat ajaran agama. AstaghfiruLlaahal ‘aziim, hanya Allah sebaik2 pengampun dosa saya”


Kami berpandangan sesama sendiri, sebagai tindak balas apa yang didengari, lalu melihatnya kembali.

“Itulah antara kisah saya sebelum mula mengerti islam yang sebenar. Terasa bersalah sangat2 bila mengingatnya kembali, episod jahiliyyah yang lalu.”

Saat itu, matanya seakan bergenang, sebak menanti tumpahnya air mata. Namun digagahkan jua menahannya.

“Walaupun saya berpendapat begitu pada masa yang lalu, saya mempunyai hobi membaca religious material. Apa2 sahaja bahan bacaan berbentuk keagamaan termasuk artikel dan buku, akan saya membacanya. Sebab utama saya membaca perkara yang berkaitan keagamaan adalah untuk mengisi kekosongan dalam diri, kekosongan yang tak dapat dijelaskan kedaannya. Saya juga pernah membaca bible, Old Testament dan New Testament, berkali2 habis membacanya. Begitu juga tentang ideologi2 barat yang telah diperjuangkan, seperti komunisme, sekularisme, liberalisme dan bermacam lagi ideologi2 yang dikemukakan mereka(orang kafir).

Namun, ternyata segala apa yang saya lakukan untuk memenuhi kekosongan itu menemui jalan buntu. Bible yang penuh dengan kekeliruan, dan ideologi2 yang tidak masuk akal, sedikit pun tidak mengisi kekosongan jiwa saya, apatah lagi memenuhinya.

Sehinggalah saat ditakdirkan Allah tiba, pada suatu malam, saya menonton satu video ceramah agama seorang ustaz, sepert biasa sebagai hobi. Sewaktu menyaksikannya, ditakdirkan Allah ada satu bahagian yang video tersebut yang menjadi titik tolak kepada perubahan saya dalam mengerti hakikat islam dan hidup ini. Ianya berbunyi,

”Bagaimana kita mahu mati dalam keadaan lailahaillAllah, sedangkan akhlak kita tidak lailahaillAllah, tangan kita tidak lailahaillAllah, kaki kita tidak lailahaillAllah, dan yang paling penting hidup kita tidak lailahaillAllah !”.

Bergetarlah jiwa, terbukalah mata hati yang buta, ya Allah!, hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya pada waktu itu, bagaikan ketakutan yang tiada tandingannya, tidak pernah dirasai seumur hidup, dan seakan baru mengerti Allah itu tuhan dan islam itu agama saya.

Selesai sahaja menyaksikan video itu, berkumandanglah azan subuh di masjid, bergegas saya ke sana tanpa berlengah, dan buat pertama kalinya dalam hidup saya selama 20 tahun, saya menunaikan solat dengan seikhlas hati saya, dengan penuh ketakutan, penyesalan dan pengharapan pada-Nya. Sewaktu itu juga saya menangis semahu-mahunya, mendambakan keampunan hanya daripada-Nya, atas dosa2 yang lalu.

Saat itu juga, perkara yang sering saya cari untuk mengisi kekosongan dalam diri seolah2 telah terisi, terasa ketenangan dan kedamaian yang tidak pernah dikecapi sebelum ini.
Dan sejak peristiwa itu, hidup saya berubah, betul2 berubah. Saya mula mendalami islam, sedikit demi sedikit disamping cuba mempraktiknya semampu mungkin, sebagai harapan agar Allah s.w.t redha dengan saya, redha dengan apa yang saya lakukan, dan itu sahaja yang saya harapkan, redha Allah s.w.t.. ”.

Dia mengakhiri bait2 akhir kata-katanya.

Dan kedengaran,

“JazakAllahu khair* kepada saudara kita yang sudi menceritakan sejarah hidupnya, tidak lain dan tidak bukan sebagai pedoman buat kita, agar sentiasa bersyukur atas nikmat iman dan islam, dan nikmat hidayah Allah s.w.t. yang tak ternilai harganya.

Dan wahai saudaraku, cuba kita tanya pada diri kita, soal diri kita, refresh balik, apakah kita tergolong dalam kalangan orang2 yang sentiasa bersyukur atas kurniaan nur hidayah daripada Allah?, Kerana hidayahlah membezakan darjat kita disisi Allah s.w.t, membezakan yang peka dengan yang alpa, dan yang paling penting membezakan antara syurga dan neraka !.

Dan berapa ramai manusia yang kita jumpa, apabila dipersoalkan kepada mereka untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kemaksiatan, mereka membalas,

“Aku memang dah ada niat nak berubah, nak jadi baik, tinggal benda-benda macam ni (maksiat dan mungkar), tapi macam tu lah, kena tunggu dapat hidayah dulu, baru aku boleh berubah,”

Sungguh, maha suci Allah, apa yang mereka iktikadkan* tidak sekali2 akan terlaksana. Dan ketahuilah saudara-saudaraku yang dikasihi kerana Allah s.w.t, bahawa cahaya hidayah itu perlu dicari, dicari dan dicari, bukan dinanti sehingga berkunjungnya mati.

Oleh sebab itu, menjadi dharuri* bagi kita berpesan-pesanan sesama sendiri agar tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi, sebagai mana maksud dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-‘Asr :
“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Agar kita sentiasa berada dalam bi’ah hasanah*, demi memudahkan taqarrub ilAllah*, dan dikurniakan nur hidayah insya-Allah. Wallahu a’lam.”


[ adaptasi daripada kisah benar ]



*Old Testament & New Testament – Jenis2 Bible(Injil)
*JazakAllahu khair - semoga Allah memberi kebaikan padamu
*iktikad – pegangan
*dharuri – keperluan, kemestian
* bi’ah hasanah – suasana kebaikan
*taqarrub ilAllah – mendekatkan diri pada Allah ( ibadah )

No comments:

Post a Comment