Wednesday, December 30, 2009

Internazionalé..





Bismillahirrahmanirrahim..



Maksud firman Allah s.w.t :


“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti” [al-Hujuraat 49 : 13]


* * *


" Assalamua'alaikum.. apa khabar ? siapa nama enta? ", sapanya dalam bahasa arab sambil menghulurkan tangan.


"Wa'alaikumussalam, baik alhamdulillah.. ana Ubadah, dari Malaysia.. nama enta?", balasku spontan, sambil menyambut salam tangannya.


"Ana Maliki.. Blémir Maliki.. dari Kosovo", balasnya sambil tersenyum.


* * *


Perbualan di atas salah satu daripada perbualan² berta'arruf dengan saudara se-Islam di sakan waafidiin milik univ. sains dan teknologi yaman.


Teringat ketika mula² masuk di sekolah berasrama di Malaysia. Berta'arruf dengan rakan² baru yang sebahasa begitu mudah sekali. Segala apa yang ingin diketahui dan ingin diberitahu lancar sahaja keluar dari mulut. Tapi di sini, wasilah untuk berta'arruf dan saling kenal-mengenali dengan rakan² yang berlainan bangsa ialah bahasa arab, di samping bahasa inggeris.


Mereka terdiri daripada bermacam kerakyatan.. yang datang dari pelbagai pelusuk dunia, seperti Kosovo, Bosnia, Algeria, Bangladesh, China, Tajikistan, Ukraine, Ghana, Iraq, Turki, Mesir, Sri Lanka, Albania dan banyak lagi.


Apabila bersua tak kira masa di dalam asrama, kebiasaanya mereka yang akan menegur terlebih dahulu dengan ucapan salam, yang diserikan dengan senyuman dan jabatan tangan. Kemesraan yang dipamerkan mereka kekadang membuatkan diri terasa segan.. bukan kerana kurang selesa, tapi kerana tidak mampu untuk mengekspresi kemesraan diri terhadap orang lain sebaiknya..[ insya-Allah perkara ini tidak akan lama.. tekad untuk menjadi orang yang mesra dengan orang lain sebaiknya insya-Allah..].


Di sini juga seolah2 dapat merasai [ insya-Allah ] a’lamiyyahnya islam, dan syumulnya islam, tanpa perbezaan bangsa dan warna kulit. Perkara ini jelas terasa apabila bersama2 beribadah secara berjemaah dan saling mendoakan antara satu sama lain ke arah kebaikan.. disamping kerancakan berukhuwwah yang mereka tunjukkan tanda mengasihani saudara sesama muslim..


Moga Allah s.w.t mengurniakan limpah rahmat dan kurnia-Nya ke atas diri kita dan seluruh umat yang mengiktikadkan Allah s.w.t adalah Rabbnya dan Rasulullah s.a.w utusan-Nya.. dan dapat mewujudkan suasana ukhuwwah islamiyyah di

sana [ Malaysia ] insya-Allah..


“Dan di antara tanda-tanda ( kebesaran )-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”

[ar-Ruum 30 : 22 ]


Wallahu a’lam…



Internazionalé – antarabangsa [ bahasa Itali ]

Sakan waafidiin - asrama pelajar luar

a’lamiyyah – globalisasi

syumul - menyeluruh

No comments:

Post a Comment