AlhamdulilLah, kini datang kepada kita sekali lagi peluang keemasan, khas daripada Allah s.w.t, hadiah buat kita yang bergelar muslim, tanda kasih sayang dan cinta-Nya. Iaitu peluang melipatgandakan amalan harian kita pada Allah s.w.t, atau lebih tepat lagi sebagai peluang untuk beramal soleh, pada bulan akhir dalam kalendar Hijri, iaitu bulan Zulhijjah.
Pada awal bulan ini, 1o hari yang pertama, kita digalakkan untuk menghidupkan hari-harinya dengan ibadah sunat, sebagaimana 1o hari terakhir Ramadan, kita menghidupkan malam-malamnya dengan zikruLlah dan tilawah al-Quran.
Antara perkara² yang digalakkan pada 1o hari sebelum tibanya hari 'Eid al-Adha :
-berpuasa sunat, disamping iftar jama'ie ( berbuka puasa berjemaah)
-tilawah al-Quran
-zikrullah
-bersedekah
-memohon taubat kepada Allah s.w.t
-memaafkan kesalahan saudara² kita, bermaafan dengan mereka, disamping mendoakan kebaikan untuk mereka dunia dan akhirat.
-berdoa supaya Allah menetapkan hati kita sentiasa dalam agama-Nya
-memaafkan kesalahan saudara² kita, bermaafan dengan mereka, disamping mendoakan kebaikan untuk mereka dunia dan akhirat.
-berdoa supaya Allah menetapkan hati kita sentiasa dalam agama-Nya
Dalam 10 hari, ada satu hari yang teristimewa, yang ditunggu-tunggu ketibaanya oleh seluruh muslimin, hari yang penuh rahmat dan keberkatan, maghfirah* dan mahabbah* dari Allah s.w.t, disunatkan kepada kita untuk berpuasa selain hari² awal yang lain, iaitu hari 'Arafah, 9 Zulhijjah, sehari sebelum 'Eid al-Adha pada 10 Zulhijjah.
Namun dari sudut lain, hari 'Arafah merupakan hari yang paling dibenci oleh iblis dan syaitan laknatuLlah. Terdapat mafhum hadis meriwayatkan bahawa pada hari tersebut iblis serta syaitan berada dalam keadaan sedih, tension, marah, emosional dan lesu tak bermaya kerana hasil usaha mereka sia². Sepanjang tahun mereka telah bersungguh² menyebarkan dakyah² tipu daya mereka dalam diri manusia seperti fitnah, maksiat, kefasikan dan menyelewengi anak adam dari jalan yang lurus. Tapi segenap usaha mereka hanyalah debu² yang ditiup angin, tanpa sedikitpun meninggalkan kesan, lantaran terdapat sebuah hadis daripada baginda s.a.w bermaksud :
Dari Abi Qatadah r.a, bersabda RasuluLlah s.a.w :
"Puasa pada hari 'Arafah, Allah mengampunkan dosa² pada tahun sebelumnya(hari 'Arafah) dan tahun selepasnya" ( riwayat Muslim)
Jadi, rebutlah peluang keemasan yang tersedia ada di depan mata, untuk beribadah kepada-Nya dendgan seikhlas hati, setulus jiwa, dan jangan juga lupa untuk memberitakan khabar gembira ini kepada orang terdekat kita, sama ada keluarga, sahabat handai atau taulan, yang kita kasihi kerana Allah s.w.t, agar bersama² mendapat mendapat redha-Nya, insya-Allah. Selamat beramal !
*maghfirah - pengampunan
*mahabbah - kecintaan
*mahabbah - kecintaan
No comments:
Post a Comment